Adun Aulong Taiping Perak Yew Tian Hoe (Dap) baru-baru ini dalam satu ceramahnya di Taiping telah mendewa-dewakan kerajaan Singapore.
Katanya harga minyak petrol di Singapore lebih murah berbanding Malaysia. Di sana harga minyak ialah RON 95 berharga SGD 1.85 dan RON 98 SGD 1.92 dan disel berharga SGD 1.33.
Di Malaysia RON 98 tak jual sebaliknya jual RON 97 harganya melebihi Rm 2.05. Ini bermakna harga bahanapi disana lebih murah sedangkan negara mereka tidak mengeluarkan minyak. Negara kita ada Petronas tetapi harga minyaknya mahal.
Tambah beliau lagi, gaji pekerja di semua sektor di Singapore lebih tinggi berbanding dengan gaji pekerja Malaysia. Sebagai contoh ramai doktor muda di negara kita telah lari dan bekerja di sana kerana tertarik dengan tawaran gaji yang tinggi.
Mengenai kenaikan harga gula pula beliau menyalahkan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang mengambil alih urusan perniagaan runcit gula di dalam negara daripada Robert Kuok. Katanya sejak Syed Mokhtar menguasai perniagaan gula harga gula telah meningkat.
TM malas nak komen dah bab ini panjang-panjang. cuma nak tanya Si tempang tersebut, berapa pula harga sepinggan mee kari, berapa harga sebungkur rokok dan berapa pula kadar atau kos kehidupan di kota singa itu, dan akhir kenapa ramai rakyat Singapore membeli belah di Johor Bharu dan kenapa kerajan Singapore mengenakan syarat supaya kereta yang dipandu keluar ke Tambak Johor mesti tiga suku penuh?