Isnin, 2 Ogos 2010

ADUN KAKI KENCING

Hari ini TM nak cerita sikit mengenai perangai buruk Adun N12 Perak. Beliau nak tunjuk kepada umum bahawa dia rajin buat kerja, rajin melawat kawasan dan pandai bermain kamera. 

Oleh kerana nak tunjuk dia rajin dan prihatin kepada rakyat di kawasan beliau maka dia pun bawa kamera dan masuk kampung keluar kampung.

Mana rumah yang buruk-buruk dia ambil gambar. Kononnya nak membela dan memberi bantuan. Maklumlah, Pas dan Pakatan Rakyat ialah kerajaan prihatin dan kerajaan pembela rakyat.

Padahal mereka ni hanya kuat kencing. kencing deras sahaja. Habuk pun tak ada.

Kisah berlaku kepada keluarga Mak Yah, seorang warga emas yang berusia lingkungan 90 tahun dan tinggal bersama anaknya. Mereka telah menerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Baitulmal hasil inisiatil Umno Bagan Serai dibawah pimpinan Dato Zali Cha.

Satu hari rumah mereka dikunjungi oleh Adun N12 dan naik kerumah meninjau keadaan dan bertanya khabar kepada Mak Yah dan terus bergambar dengan warga emas tersebut.

Nak dikatakan ada bantuan beras, gula, kopi atau kut nak menghulur seringgit dua pun tidak juga. Selepas bergambar Adun terus meninggalkan mereka tanpa sebarang bantuan yang dihulurkan.

Rupa-rupa Adun ini gila glamour , ambil gambar dan buat cerita untuk penuhkan berita dalam blognya dan juga menghantar berita yang sama kepada surat khabar Sinar harian edisi Perak.

Apa lagi apabila cerita dah terpampang dalam akhar maka riuh lah satu kampung. Mengamuk sakan lah anak warga emas tersebut, kerana Adun N12 telah menjatuhkan maruahnya dan memalukan keluarga mereka.

Akan tetapi biasalah orang kampung , tak kan lah nak saman Adun tersebut. diam sajalah untuk beberapa hari. Bagaimanapun marahnya terhadap Adun 12 ini tidak dapat dimaafkan mereka.

Untuk makluman umum, Adun ini mempunyai pejabat di pekan Bagan Serai, memang hebat mengalah wakil rakyat BN yang hanya bekerja dari rumah. Pejabat beliau ialah di bangunan PKNP. bawahnya kedai Avon dan jika kita berurusan dengan Maybank mungkin dapat lah lihat muka Adun tersebut kerana pejabatnya ada dekat-dekat situ.

Berikut ialah ambilan daripada blog peribadi Adun tersebut...Bacalah ketawa lah tetapi jangan sampai terguling-guling.
 

TMTMTMTMTMTMTMTMTMTMTMTMTMTMTMTMTMT


Hari khamis lalu saya sempat menziarahi seorang warga emas yang berumur lebih 90 tahun di Jalan Banjar, Masjid Tinggi. Puan Che Yah yang hanya bergerak menggunakan troli kerana lutut beliau sakit dan langsung tidak boleh berjalan. Menurut anak beliau yang menjaga beliau keadaan ini sudah berlarutan beberapa tahun. Dalam kesempatan ini saya merayulah kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi yang sudi membantu Che Yah ini kerana dalam tinjauan saya ke rumah beliau mendapati bumbung rumah tempat beliau tinggal nampak uzur dan ada kebocoran. Saya akan cuba membantu mengikut kemampuan saya dan mengharapkan kerajaan mendahulukan rakyat seperti yang dicanangkan.

YB Husin Din menyelami penderitaan che Yah sambil meminta supaya bersabar dan redha dengan ketentuanNya kerana setiap kejadian ada hikmahnya