Isnin, 2 Ogos 2010

PEMIMPIN PAS DERA ISTERI DI PERAK

Sedih melihat gelagat pemimpin Pas Perak yang terpaksa mengheret anak bini dalam kancah politik mereka. Sepatutnya isteri-isteri mereka berehat di rumah, menyediakan makan anak-anak yang balik dari sekolah atau pun menanti kepulangan suami mereka dari solat Jumaat.

Apa yang berlaku kepada Pas Perak menunjukkan mereka dalam keadaan terdesak ( Pinjam perkataan TV Pas Selangor) sehinggakan terpaksa menurunkan anak isteri untuk berkempen kepada parti mereka.

Isteri mereka dipaksa berjemur ditengah panas dibeberapa masjid untuk mengedarkan risalah haram yang menyerukan sokongan umum supaya menyokong mereka dalam usaha memansuhkan akta ISA. Risalah tersebut sudah tentu mengandungi unsur-unsur hasutan dan ia menyalahi perundangan negara. Pas patut faham kerana sebahagian daripada mereka adalah penggubal undang-undang di parlimen.

Mengedarkan risalah sedemikian rupa boleh disabitkan di bawah akta cetak kerana menerbitkan , mencetak dan mengedarkan secara haram kepada umum. Mereka boleh disabitkan di bawah ISA.

Dimana perginya pemuda-pemuda Pas yang gagah perkasa? Di mana perginya kaum lain yang selama ini bekerja sama dengan Pas. Tak elok lah membiarkan Pas berpanas tengah rembang. Mana pergi amu dan aci daripada Dap?

Nah!!! Selama ini Pas bercita-cita untuk menjadikan Dap sebagai kuda tunggangan mereka tidak berhasil nampaknya. Yang jelas dan nyata ialah Pas menjadi babi tunggangan Dap dan Pkr.

Nak tahu lebih lanjut, sila teruskan bacaan anda.






TELUK INTAN, 30 Julai - Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA merupakan satu akta yang zalim kerana ia melibatkan tangkapan tanpa perbicaraan. Demi memberikan maklumat yang tepat kepada masyarakat maka Dewan Muslimat PAS Kawasan Teluk Intan telah melakukan inisiatif mengedarkan 1000 risalah tentang ISA di sekitar kawasan Teluk Intan.

Menurut Timbalan Ketuanya Puan Hjh. Faridah Rajiah bt Ahmad Fahkhrur Razi, dewan muslimat telah berjaya menggerakkan tujuh Jawatankuasa Muslimat Cawangan sekitar Teluk Intan dengan kawasan tumpuan di masjid-masjid bersempena kaum muslimin bersolat Jumaat pada hari itu.

Tujuh masjid tersebut ialah Masjidud Taqwa Kg. Padang Tembak, Masjid Kg. Sungai Kerawai, Masjid Kg. Bahagia, Masjid Taman Seri Setia, Masjid Kg. Selabak, Masjid Kg. Batak Rabit dan Masjid Daerah Teluk Intan.



Risalah tentang kezaliman ISA itu telah diletakkan di setiap kenderaan di sekitar masjid terlibat. Menurut Puan Hjh Faridah lagi, ISA merupakan satu akta yang amat zalim dan ia sudah ketinggalan zaman. ISA sepatutnya dimansuhkan dan tidak perlu dipinda lagi.

Beliau yang juga merupakan AJK Dewan Muslimat Negeri Perak turut menegaskan kredibiliti kerajaan sekarang telah jatuh akibat pelaksanaan akta tidak berperikemanusiaan ini. Masih banyak lagi isu besar yang boleh diperjuangan selain menangkap musuh-musuh politik parti memerintah seperti isu rasuah, kenaikan kos sara hidup rakyat yang semakin tinggi, gejala sosial dan sebagainya.

Isteri ADUN Changkat Jong ini juga berharap dengan sedikit usaha melalui penyebaran risalah mansuh ISA ini akan memberikan sedikit maklumat kepada rakyat akan kezaliman ISA dan seterusnya rakyat dapat befikir secara rasional serta bertindak menukarkan kerajaan yang sedia ada kepada kerajaan yang lebih bertanggungjawab terhadap keadaan dan kebajikan.

Beliau mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada semua petugas muslimat cawangan yang telah sanggup turun padang menyebar risalah.