Pas pula terus kekal cermah-ceramah mereka sepanjang zaman, sepanjang tahun. sepanjang malam. Ceramah-ceramah Pas telah berjaya mencungkil bakat-bakat pemidato mereka seperti Mat Sabu , Mahfuz Omar dan ramai lagi yang akhirnya menjadi Pak Lawak dalam DUN dan juga Dewan Rakyat.
Hari ini Pas melihat bahawa dengan ceramah-ceramah politik tidak lagi releven kerana Pas sudah bankrup idea dan modal politik. Jika dahulu mereka dengan mudah mengkritik kerajaan UMNO /BN hari ini tidak lagi. Pas tidak lagi galak dalam ceramah kerana apa yang mereka cakapkan sebelum ini sudah balik jatuh ke batang hidung mereka sendiri.
Dahulu Pas mengkritik Umno kerana bersekutu dengan kafir, hari ini mereka melakukannya. Jika dahulu mereka mengkritik Umno kerana rakyat terutama Melayu masih miskin, hari ini terbukti 19 tahun Pas memerintah Kelantan , masalah kemiskinan masih belum selesai.
Pas Kedah juga gagal dalam janji-janji yang dibuat dalam menifesto pilihanraya mereka. Begitu juga halnya dalam isu arak dan maksiat di Selangor. Pas gagal dalam perjuangannya keran tunduk dan mengalah kepada DApig.
Oleh itu Pas cuba mengubah pendekatan untuk mendekati rakyat dengan meniru program-program yang dilakukan oleh UMNO/BN.
Umno buat Sukan Rakyat, Pas pun tiru, Umno buat program memasak, mengubah bunga pameran kraf tangan dan sebagainya , Pas pun ikut tiru juga dah.
Umno buat sukan dan persembahan kebudayaan untuk pelajar tadika kemas , Pas pun tiru juga, dah buat Sukaneka untuk pelajar di Pasti.
Umno bagi bantuan beras, gula dan barang-barang dapur, Pas kata itu rasuah. Tetapi hari ini pas bukan saja bagi beras, gula dan kopi, tetapi bagi kopiah free, bagi duit ikut berapa jumlah kepala dalam sebuah keluarga. Nah!!!! dulu kata Umno perasuah, sekarang kena pada diri sendiri.
Umno/ BN menubuhkan Rukun Tetangga dan Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung untuk menjadi agent dan suara rakyat dalam pembangunan. Pas pun tiru juga tetapi dengan sedikit lakonan wayang kulit. Mereka buat pilihanraya kecil untuk pemilihan jawatan dalam JKKK. tetapi pemilihan penipu kerana yang datang mengunding hanya suku sakat Pas dan sekutu mereka. "Telus kepala hotak depa" kata seorang rakan yang cukup marah dengan perangai buruk Pas.
Cukuplah setakat tu, panjang-panjang pun bukan orang nak baca habis, nah .....lihat lah program terdesak Pas....Felda pun depa masuk dan hasut peserta-peserta supaya menyokong Pas. Kalau TM jadi CEO Felda dah lama aku halau mereka dari Felda.
tmtmtmtmtmtmtmtmtmtmtmtmtmtmtmt
Semalam YB Ramli bersama pengiringnya telah menghadirkan diri ke program PAS For All yang diadakan selama 2 hari (17hb-18hb Julai 2010)bertempat di DUN Kubu Gajah. Antara program yang diadakan adalah Barbeque Rakyat,Sukaneka Rakyat,Kuliah Subuh dan Maghrib, Gotong-Royong,Dialog Penduduk,Pemeriksaan Kesihatan dan Kenduri Rakyat.Program ini melibatkan 3 UPU di dalam DUN ini iaitu RTBK,Bagan Baru dan Felda Ijok.Pimpinan-pimpinan PAS negeri turut hadir sama dalam program-program ini termasuklah DS Mohd Nizar B Jamaludin,MB Perak yang sah!