Perkampungan Cina Kongsi Seh Chew Keo atau lebih dikenali sebagai Chew Jetty Kongsi merupakan sebuah kampung nelayan cina yang wujud sejak pertengahan abad ke 19.
Petempatan ini adalah salah sebuah daripada 6 petempatan yang masih kekal. Jetty Koay telah dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan.
Merupakan kawasan petempatan atas air yang terbesar di Pulau Pinang. Rata-rata rumah dibina menggunakan bahan kayu dan dilengkapi dengan kemudahan asas seperti air , bekalan elektrik dan juga talian telefon
Ia juga menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.Kemudahan home stay juga disediakan oleh penduduk kongsi untuk kemudahan pelancong menikmati suasana kehidupan di petempatan nelayan itu.
Generasi muda mula menjadikan pertempatan sebagai kawasan pelancongan dengan mewujudkan kedai-kedai seperti kedai barang runcit, saloon rambut dan sebagainya.
Persoalan yang timbul adakah petempatan ini akan menerima nasib yang sama seperti penduduk Kampung Binjai, Kampung Buah Pala dan kampung-kampung lain..
Adakah Lim Guang Eng akan merobohkan semua perumahan ini kerana tidak membayar cukai pintu, cukai tanah, cukai kepala dan sebagainya.
Harap-harap kedai-kedai yang beroperasi di petempatan itu tidak menerima nasib yang sama seperti kedai atau gerai DO RE MI di Tanjung Bunga.