Jumaat, 6 Ogos 2010

AWAS : VIRUS COXSACKIE

Minggu lepas adalah minggu gaji atau payday, ramailah ibu bapa yang shopping dan meletakkan anak-anak mereka di tempat permainan anak-anak dan terdapat di komplek membeli belah.

Baru-baru dua orang anak buah (dua beradik) telah terkena jangkitan virus tersebut dan menyebabkan kedua-dua anaknya mendapat demam dan kesan-kesan pada mulut, tangan dan kaki mengesahkan mereka terkena virus coxsackie.

Hasil temubual dan siasatan menunjukkan kedua-dua anak dijangkiti virus tersebut di tempat permainan sebuah pasar raya di Taiping. Tak perlu sebutlah nama pasar raya tersebut.

Dengan itu TM menyeru kepada ibubapa yang meninggalkan anak di tempat tersebut supaya mencuci tangan mereka sebelum membawa mereka ke food court (kamar makanan) atau sebelum menghulurkan mereka makanan.