Rabu, 18 Ogos 2010

Court: Saiful-Farah 'liaison' not enough to drop sodomy charge




Karpal-hakim bertelagah kes liwat

KUALA LUMPUR 16 Ogos – Walaupun prosiding perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantu peribadinya di Mahkamah Tinggi di sini sudah masuk hari ke-20, namun masih tidak terdapat tanda-tanda bila pihak pembelaan akan menyoal balas saksi pendakwa kedua.

Prosiding hari ini juga seperti biasa diwarnai dengan tindakan peguam bela utama Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, Karpal Singh ‘bertikam lidah’ dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah.

Terdahulu, kira-kira 10 minit selepas hakim tersebut menolak permohonan Ketua Pembangkang itu untuk membatalkan pertuduhan tersebut, Karpal memohon penangguhan agar pihaknya dapat memfailkan notis rayuan terhadap keputusan berkenaan.

Hakim itu bagaimanapun memerintahkan agar perbicaraan itu diteruskan dengan sesi soal balas dan meminta agar pihak pendakwaan memanggil saksi kedua mereka, doktor pakar dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Razali Ibrahim.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden yang mengetuai pasukan pendakwaan juga membantah penangguhan tersebut dan meminta agar prosiding soal balas saksi itu dapat diteruskan oleh pihak pembelaan.

Namun Karpal masih berkeras dan mahu perbicaraan ditangguhkan.