Rabu, 18 Ogos 2010

Kelantan Bayar Gaji Guna Dirham

Allahyarham Tan Sri P. Ramlee betul lagi. Filem Ali Baba Bujang Lapok keluaran 1960 benar-benar terjadi kepada Kerajaan Kelantan yang telah menerbitkan mata wang sendiri iaitu Dinar dan Dirham.

Jika tahun lepas filem Laksamana Do Re Mi menjadi kenyataan di Perak kerana kerajaan Pasir Dua Butir ( Pasir Panjang ) kalah dan terpaksa bersidang bawah pokok.

Nik Aziz telah melancarkan dinar emas dan dirham serta bercadang untuk membayar gaji kakitangan kerajaan negeri dengan mata wang yang dikeluarkan sendiri.

Nik Aziz mungkin terlalu taksub dengan Hikayat Seribu Satu Malam  dengan kisah Ali Baba dengan 40 penyamun. Sebuah hikayat yang terkenal serata pelusuk dunia. Kisah yang bermula di sebuah negeri bernama Baghdad pada zaman Mogol atau zaman Abbasid.

Nik Aziz juga mungkin amat berminat dengan kerajaan Abbasid dalam beberapa hal seperti jatuh talak jika keluar parti. lihat petikan di  bawah.

Malik pernah dihukum oleh gabenor Madinah pada tahun 147H/764M kerana telah mengeluarkan fatwa bahawa hukum talak yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan Abbasid sebagai tidak sah. Kerajaan Abbasid ketika itu telah membuat fatwa sendiri bahawa semua penduduk perlu taat kepada pemimpin dan barangsiapa yang enggan akan terjatuh talak ke atas isterinya ! Memandangkan rakyat yang lebih taatkan ulama' daripada pemimpin, pemerintah Abbasid telah memaksa Malik untuk mengesahkan fatwa mereka. Malik enggan malah mengeluarkan fatwa menyatakan bahawa talak sedemikian tidak sah (tidak jatuh talaknya). Malik ditangkap dan dipukul oleh gabenor Madinah sehingga bahunya patah dan terkeluar daripada kedudukan asalnya. Kecederaan ini amatlah berat sehinggakan beliau tidak lagi dapat bersolat dengan memegang kedua tangannya di dada, lalu dibiarkan sahaja di tepi badannya.
Sekarang kakitangan kerajaan Pok Nik gelisah dan resah dengan cadangan agar gaji mereka dibayar menggunakan dirham dan dinar.

Laku kah wang tersebut jika di bawa keluar dari negeri Kelantan, Bolehkah wang digunakan untuk berurusan dengan jabatan kerajaan, siapa yang akan membuat pertukaran nilai, siapa yang akan menentukan nilai matawang tersebut di pasaran terbuka.

Banyak persoalan yang perlu dijawab oleh Pok Nik.

Akhir kata seperti yang diramalkan matawang tersebut akan menjadi tangkai cacing kepada budak-budak Kelantan......

SKETSA SETERUSNYA KLIK DI SINI ATAU TAJUK DI ATAS



SKETSA SETERUSNYA KLIK DI SINI ATAU TAJUK DI ATAS