Isnin, 16 Ogos 2010

Detik Jam 10 - 2010.08.16 .wmv


Isu rumah pangsa Taman Permata Dengkil

Siapa Penduduk Flats Taman Permata ini ?

Penduduk Flats Taman Permata ini adalah bekas pekerja ladang dari 4 buah ladang iaitu Ladang Perang Besar, Medingley, Galloway dan Sedgley yang  telah dipindahkan ke flat Taman Permata Dengkil pada tahun 1998 untuk memberi laluan kepada  pembangunan Putrajaya dan Cyberjaya.

Hampir sepuluh tahun mereka telah tinggal di Flat Taman Permata dengan menghadapi pelbagai masalah daripada masalah keselamatan akibat paip gas yang berhampiran dengan flats, hingga ke masalah sistem kumbahan yang tidak dibuat dengan betul. Maka kehidupan penduduk di Flats Taman Permata setiap hari ada masalah baru.

Protes dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan slogan-slogan seperti Putrajaya Mewah Kami Merana, Kami mahu rumah selasa, PNSB abai kami dan sebagainya. Pada jam11.30 pagi sebanyak 10 orang delegasi telah dijemput untuk naik atas untuk bertemu dengan pegawai yang bertugas.

Dalam mesyuarat yang diadakan bersama dengan En. MD. Yunus Iskandar yang merupakan pengurus projek jelas nampak sikap cuci tangan PNSB yang menyatakan pelbagai alasan-alasan untuk melepaskan tanggungjawab mereka mengenai keadaan flats. En Md Yunus mengatakan bahawa beliau mempunyai pengetahuan mengenai masalah yang dihadapi oleh Penduduk Taman Permata, Dengkil kerana beliau sendiri pernah membuat lawatan beberapa kali ke Flats tersebut dan telah menuduh bahawa keadaan flats pada hari ini adalah disebabkan oleh sikap penduduk sendiri bukan disebabkan oleh kegagalan PNSB menjalankan tanggungjawab.

Beliau telah menyatakan bahawa PNSB hanya telah bertindak sekadar agen penjual bagi Kerajaan Negeri Selangor dan tidak ada apa-apa kaitan dalam pembinaan flats.  Beliau juga telah menyatakan bahawa hanya sejumlah wang yang sedikit diambil sebagai token daripada bekas penduduk ladang-ladang tersebut dan bukan dikenakan bayaran yang tinggi. Apabila menyoal adakah bayaran RM20,000.00 itu dianggap sebagai token, beliau pula  menyatakan bahawa dia  mahu memeriksa status pembayaran penduduk dengan  bank pula.
Antara yang paling lucu adalah beliau telah memaklumkan bahawa CF telah dikeluarkan kepada semua penduduk pada tahun 1998 dan apabila diminta surat pengakuan penerimaan beliau telah gagal untuk memberi sebarang bukti. Ini adalah kerana sehingga kini, penduduk tidak mendapat CF bagi bangunan tersebut dan atas alasan ini banyak bank yang telah membatalkan pinjaman mereka kepada penduduk.

Apabila wakil penduduk terus menekan untuk satu penyelsesaian yang tetap untuk masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka,En MD Yunus Iskandar telah meminta satu bulan untuk memberi respon kepada isu-isu yang dibangkitkan oleh penduduk yang telah dipersetujui oleh para penduduk.  Wakil penduduk juga telah menyerahkan memorandum mengenai isu dan masalah mereka kepada En. MD  Yunus Iskandar yang mengandungi tuntutan-tuntutan mereka dan meminta PNSB bertindak dengan segera.

Perjuangan Penduduk Flats Taman Permata, Dengkil baru telah mencetus dan banyak lagi halangan yang perlu dihadapi untuk mencapai rumah selesa yang dituntut. Tahniah kepada Penduduk Flats Taman Permata Dengkil yang telah memulakan perjuangan mereka.

MEMORANDUM KEPADA PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB):

Komen TM,
Banyak persoalan dalam isu ini, 

Inilah pertama kali mendengar isu "Rumah Pangsa Transit". selalunya rumah transit ialah rumah panjang yang dibuat daripada bahan kayu, papan dan papan lapis dan ia tidak mempunyai sijil layak duduk. 

Penduduk kata rumah pangsa ini sementara tetapi mana dukomen yang menyatakan mereka akan mendapat rumah teres 3 bilik, sila tunjukkan!!!!Satu lagi kalau sementera, kepada penduduk sibuk untuk mendapatkan CF. Berapa ribu wang yang mereka bayar untuk menduduki rumah tersebut. dahulu pun mereka tinggal dirumah yang disediakan oleh ladang-ladang, bukan tanah milik mereka


Xavier pun satu exco yang bangang, dia tak faham kah bahawa sekarang ini Selangor di perintah oleh  Pakatan 3 suku, oleh itu sebarang masalah yang timbul adalah terpikul di atas kerajaan yang baru, Xavier membodohkan diri dengan meletakkan tanggung jawab kepada kerajaan lama dan kerajaan persekutuan. Suka atau tidak masalah rumah pangsa tersebut hendaklah diselesaikan oleh Pakatan 3 suku, bukan BN, bukan Umno dan bukan Mic lagi. 


Xavier nampaknya cuba melepaskan diri dari tanggung jawab sebagai exco kerajaan dalam isu ini.  Xavier kena faham erti pertukaran kerajaan, segala tanggungan kerajaan lama secara otomatik menjadi tanggungjawab kerajaan yang baru. 

Sebab itu Khir Toyo semasa menyerahkan kuasa kepada kerajaan baru beliau juga menyerahkan kunci perbendaharaan yang mempunyai wang berbilion ringgit. Jadi kenapa harus menuding jari kepada kerajaan lama dalam menyelesaikan isu rumah pangsa tersebut.

INGAT !!!! PERMODALAN NEGERI SELANGOR BERHAD (PNSB) SEKARANG DIKUASAI OLEH SIAPA? UMNO BN ATAU PAKATAN?


Yang amat tidak logik ialah dakwaan mereka dijanjikan rumah teres 3 bilik, sedangkan nilai rumah pangsa tersebut mencecah RM 50 ribu seunit. Memang mangkuk betul pembaca bertita  Zubli Zainordin yang menyatakan malapetaka Umno BN, yang sebenarnya ia adalah malapetakan bagi pakatan tiga suku.


Satu lagi persoalannya ialah kerajaan pakatan 3 suku sanggup membeli Talam Holding yang dibebanni hutang  kononnya kenapa isu rumah pangsa yang didiami oleh 500 keluarga ini menjadi masalah, dan nak bankrup ker?


Isu kapal selema yang dibangkitkan oleh Cikgu Bard kena pecat akan menyusul kemudian.