Isnin, 16 Ogos 2010

Good Governance & Transparency: SELANGOR, P.PINANG, KEDAH DAN KELANTAN

"Good Governance and Transparency" adalah istilah ciptaan barat yang diwar-warkan oleh parti Pas, Dap dan Pkr di Malaysia sebelum PRU 12.

Akan tetapi setelah memerintah 2 tahun lebih dan hampair 20 tahun di Kelantan, istilah good governance dan transparency masih belum wujud dan terserlah.

Rakyat terus ditipu dan ditutup mata dan telinga daripada melihat sebuah kerajaan yang baik. Selangor, Pulau Pinang dan Kedah terus dihimpit kemelut kelemahan pentadbiran.

Kedah dan Kelantan tidak berapa kalut kerana dikuasai oleh Pas , Pas bijak menyimpan pekung dan bangkai. Setiap yang busuk akan dibungkus dengan baik sebaiknya , umpama tempayan budu.

Lagi pun orang Kelantan mempunyai jati diri yang kuat, buruk macam manapun pentadbiran Nik Aziz mereka tidak akan mengkritik atau menentang pemimpin mereka tetapi dihujung mata pensel 2B akan menjadi jawapannya seperti mana PRU ke 11 dalam tahun 2004.

Kedah di bawah Pas selama dua tahun setengah sudah banyak suara-suara menentang pentadbiran Pas. Isu yang sangat panas ialah kegagalan Pas mengurus tadbir Kulim Hi- Tech, kegagalan Pas dalam membawa masuk pelaburan (FDI). Elizabeth Wong mendakwa RM 1.4 Billion pelaburan masuk ke Kedah tetapi gagal menunjukkan bukti yang nyata. sekali lagi Kedah gagal dalam tranparensi.

Kedah hanya memukul gendang kosong dalam isu pelaburan. Projek banyak gagal di bawah Pas, yang bertahan ialah hasil yang ditinggalkan oleh BN sahaja.  Isu tanah rezab Melayu di mana Pas hanya memberi tanah kepada kaum lain tetapi membiarkan orang Melayu hidup di atas tanah Raja atau tanah teroka. Isu balak haram di kawasan tadahan air telah menyebabkan 1500 keluarga di Sik terganggu dan mengalami kesusahan.

Pulau Pinang yang diperintah oleh Kapirlah Lim Guang Eng  dilihat sebagai sebuah kerajaan yang paling tidak baik dan paling tidak telus. 

Konsep  "Good Governance and Transparency"  yang cuba dibawa oleh LGE 100% gagal.  Janji-janji pilihanraya semuanya tidak ditunaikan, tetapi LGE cuba untuk memikat rakyat dengan janji-janji baru setelah menifesto gagal dilaksanakan.

Kepincangan pentadbiran LGE menyebabkan P.Pinang hilang beberapa kerusi MP, ia juga termasuk perletakkan jawatan Muhammad Fairus Khairuddin TKM 1 dan Adun Penanti. Hari ini Pulau Pinang boleh dilabelkan sebagai "the worst governance"

The worst governance seterusnya ialah Selangor Darul Pasir Berdengung.   Ikon Selangor seperti Khalid Samad, Khalid Ibrahim, Elizabeth Wong, Zuraida Kamaruddin, Dr Hassan Ali, Suhaimi Shafei Raja Pasir, Ronie Liu, Tony Pua menjadi Ikon pembohong dan hanya beretorik dalam ceramah-ceramah jual meja untuk dana pilihanraya akan datang.

Good governance bukan bererti berapa kerap buat ceramah, tetapi buat dan laksanakan apa yang telah dijanjikan. Rakyat ingin hadir ke majlis untuk menerima bantuan ibu tunggal, bantuan kelahiran, bantuan warga emas, majlis penyampaian insentif pelajar ke IPTS dan IPTA .

Rakyat ingin bergambar bersama Menteri Besar dan Exco semasa menerima cek atau wang tunai. Mana? Elizabeth Wong Ratu Bogel menyatakan ia tidak dilaporkan oleh media perdana, tetapi media Pakatan Rakyat pun tak ada satu pun yang buat liputan.

TV Selangor 09 sejak pelancarannya telah menyiarkan hampir 500 video tetapi tidak ada satu pun yang menunjukkan majlis-majlis penyampai bantuan diadakan.

Begitu juga dengan FDI dan pelaburan-pelaburan yang dikatakan masuk berbilion dollars , mana majlis tanda tangan MOU, mana majlis pecah tanah, mana majlis letak batu asas? Satu pun tak ada.  Mana tranperensi? Tak kan buat majlis tertutup untuk semua perkara yang disebut di atas.

Kerajaan Selangor gagal mempamerkan atau mendokumentasikan  apa yang dicakap dan apa yang dibuat. Tiada satu pun janji pilihanraya yang ditunaikan dibuat dalam bentuk blueprint.

Apa yang berlaku hari ini ialah penyelewangan , perebutan kuasa, mengkayakan kroni dan kaum keluarga sekutu-sekutu. Wakil rakyat yang bukan sekutu , walaupun sama bendera diabaikan dan dianak-tirikan.

bersambung/...