Isnin, 30 Ogos 2010
Eli Bogel Calon Paling HOT Ketua Cabang PJU Dan Juga MPT PKR
Menjelang pemilihan pimpinan PKR yang akan bermula tak lama lagi, ADUN Bukit Lanjan kini mendapat sokongan padu daripada akar umbi untuk dijulang sebagai pemimpin mereka…
Selepas Hari Raya Aidil Fitri ini, kesemua cabang PKR diseluruh negara akan mengadakan Mesyuarat Agung dan kali ini akan diwarnai dengan pesta pemilihan pimpinan diperingkat akar umbi sebelum mereka memeriahkan lagi pemilihan diperingkat pusat bulan Oktober nanti….
Yb Bogel, Eli Wong bakal dijulang oleh ahli ahli di Cabang Petaling Jaya Utara [PJU] sebagai Ketua Cabang. Penyandang jawatan di PJU ketika ini ialah Yb Hee Loy San Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan [PJS], manakala Timbalan Ketua Cabang pula adalah Senator Dr Syed Husin Ali yang bakal mengosongkan kerusi Timbalan Presiden PKR.
Di Cabang PJU ini juga dianggotai oleh “Jutawan Segera” Khairul Anuar Zainuddin @ Jonah selaku Ketua AMK Cabang PJU…., namun begitu difahamkan pada tahun ini, Jonah akan berpindah ke Cabang Shah Alam untuk merebut jawatan Ketua AMK disana setelah bekas Ketua AMK Nor’isham Manap umum keluar parti sewaktu kempen Pilihanraya kecil Hulu Selangor.
Agak menarik cara pemilihan kali ini yang bakal menyaksikan wajah wajah baru mengambil alih tampuk pimpinan di peringkat cabang, dalam kes PJU ini, Syed Husin Ali kini seperti “datang tak dijemput, pergi tak diusir…”, padahal Syed Husin sanggup meninggalkan jawatan Presiden PRM sebuah parti sosialis yang berusia puluhan tahun berbanding dengan PKR!
Dijangkakan Yb Hee Loy San akan memberi laluan kepada Eli Bogel dan Hee sendiri akan mengambil alih jawatan Timbalan Ketua Cabang dari Syed Husin Ali. Begitulah taatnya Hee kepada sahabat karibnya Tien Chua.....
PKR mahu membuktikan konsep “adil” dalam membenarkan kuasa wanita menerajui pimpinan parti maka Eli Bogel Wong dijangka mengikuti jejak langkah Fuziah Saleh di Cabang Kuantan, Zuraidah Kamaruddin di Cabang Ampang. Hanizah Talha di Cabang PJS dan Rodziah Ismail di Cabang Shah Alam. Impian Wanita mahu melahirkan sekurang kurangnya enam [6] wakil wanita mereka menjadi Ketua Cabang dalam struktur pimpinan PKR.
Sehubungan dengan itu juga sayap Wanita PKR turut memberikan “sokongan padu” untuk Eli Bogel Wong bertanding di peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi [MPT] PKR. Bukan sahaja sokongan untuk bertanding tetapi sayap Wanita itu juga akan habis habisan berkempen agar Eli Bogel Wong menang dan berjaya melepasi senarai dua puluh [20] undi tertinggi..!
Untung sabut timbul…, Untungnya si Eli Berbogel…, masih dijulang dan diangkat oleh sahabat sahabatnya yang ramai berpurdah dan bertudung…!
Apakah anak muda bernama Hilmi Razak yang mengedarkan gambar gambar Eli sewaktu lena tidur bersebelahannya itu akan ditugaskan menjadi ‘Kempen’ Manager buat Eli…??
Kita semua hampir lupa apa kesudahannya cerita Hilmi Razak ini, agak mustahil dia masih belum pulang lagi sehingga ke hari ini..?
Sumber : Medan Info Corner