Isnin, 30 Ogos 2010

PAS tidak setuju Anwar jadi PM

Keratan akhbar diatas secara jelas menunjukan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Pas Selangor dan Ketua Penerangan Pas Pusat menunjukan Pas tidak bersetuju sepenuhnya Anwar dilantik sebagai PM jika PR memenangi pru akan datang.

Roslan hanya berkata “sebelum ini sekiranya pru 12 (2008) dimenangi oleh PR,calon untuk menjadi PM adalah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim”

Tidak ada satu patah perkataan pun yang dikatakan oleh Roslan bahawa Pas Selangor bersetuju Anwar dilantik sebagai PM jika PR memenangi pru 13.

Ini jelas berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan SUA PKR iaitu Saifudin Nasution Al-Kataki bahawa PR telah bersetuju sebulat suara memilih Anwar sebagai PM jika mereka menang pru akan datang.

Manakala KP Pas Pusat pula iaitu Idris Ahmad berkata bahawa PR tidak pernah berbincang mengenai calon PM kerana misi mereka adalah menumbangkan BN terlebih dahulu