SHAH ALAM - Dewan Pemuda Pas Pusat sedia bertemu dengan mana-mana pihak termasuk Pengerusi DAP, Karpal Singh dan pemimpin veterannya, Lim Kit Siang bagi menjelaskan konsep hukuman hudud secara terperinci.
Ketuanya, Nasruddin Hassan berkata, pelaksanaan hukuman itu diyakini dapat membantu menyelesaikan kemelut gejala sosial yang semakin berleluasa akhir-akhir ini.
“Kita bersedia bertemu sesiapa sahaja termasuk pemerintah bagi menjelaskan bagaimana syariat Islam dan hukum hudud berperanan memulihkan peradaban yang kian runtuh hari ini.
“Umum mengetahui, penyakit masyarakat hari ini berpunca daripada maksiat dan kemungkaran yang berleluasa. Malangnya, masih ramai yang berdegil untuk bertahan di bawah satu sistem yang gagal sejak lebih 50 tahun lalu,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.
Baru-baru ini Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mencadangkan supaya perlaksanaan syariat Islam dan hukum hudud dijalankan, pelbagai pihak sibuk mencari formula bagaimana mahu mengatasi kemelut sosial yang parah ini.
“Karpal Singh sendiri mencadangkan hukuman yang lebih berat dijatuhkan ke atas penjenayah yang saya kira jauh lebih berat daripada hukuman hudud atau syariat Islam yang ditolak olehnya.
“Sudah tiba masanya untuk Islam dan syariatnya dilaksanakan. Kenapa mahu menolak sedang masyarakat dan negara belum menyaksikan bagaimana syariat Islam beroperasi membetulkan segala sistem nilai dan maruah bangsa yang tercalar teruk pada hari ini,” katanya.
Nasrudin berkata, Islam bukanlah sekadar menjalankan hukuman semata-mata tetapi penyelesaian secara bestari dan berhikmah serta mempunyai pakej penyelesaian yang cukup baik bermula daripada pendidikan, pembentukan minda dan peribadi, pencegahan, pemantauan, alternatif seterusnya hukuman setimpal.
“Hukuman berat tidak menjamin keberkesanan seperti hukuman gantung sampai mati ke atas pengedar dadah.
"Biarpun hukuman itu keras dan berat, namun realitinya pengedaran dadah semakin berleluasa,” katanya.