Penasihat DAP Lim Kit Siang juga telah menyatakan pendiriannya bahawa Malaysia ialah sebuah negara sekular dan pengenalan hukum hudud di negara ini dan pewujudan sebuah negara Islam bukan dasar pakatan pembangkang.
Nik Aziz sebelum ini berkata Karpal bersendirian dalam DAP yang menentang hudud dan negara Islam.[ padan muka Pok Nik, mana mau letak muka?]
"Pemimpin DAP lain senyap, hanya dia yang timbul isu itu. Ini kerana apa yang ditimbulkan oleh pemimpin DAP itu merupakan pendapat perseorangan dan bukannya keputusan parti," kata Mursyidul Am PAS itu.
Karpal Singh yang menyambut baik kenyataan pengarah komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata:
" PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai."
Apa lagi nak komen Pok Nik? Memang sah Pok Nik tak pandai mengampu pemimpin Dap. TM mencadangkan supaya Kelantan pula mendoakan kesejahteraan untuk Karpal dan Lim Kit Siang pula. supaya lembut hati mereka berdua.
Bagaimanapun Pok Nik punya cakap memang tak boleh pakai, pembohong tegar, sebab itu lah semakin ramai pengikut dan penyokong Pas cakap bohong kuat, rupa-rupanya tok guru mereka bohong kuat.