Rabu, 11 Ogos 2010

KERA KENA BELACAN DAN TERKEJUT BERUK

kera atau beruk?
Beruk dan kera sering dikaitkan dalam peribahasa Melayu, Kedua-dua spesis ini hampir sama tetapi tak serupa. Beruk ekor pendek dan kera atau monyet pula ekornya panjang.

Beruk pula boleh dipelihara untuk panjat kelapa, kera pula boleh diajar untuk memunggah sampah kerja lain tak boleh buat. Kera juga bijak dan mahir mencuri, rumah yang dibina dipinggir hutan akan menjadi mangsa kawanan kera ini, pakaian dijemuran, buah-buahan, botol susu anak, apa yang boleh usung semua diangkut pergi.

Dalam politik , ramai yang melabelkan mereka orang politik terutama dalam BN dan Umno sebagai Kera dan beruk. Ahli Parlimen sering disamakan dengan kera dan beruk. MSO melebalkan ahli Umno sebagai beruk kena belacan. Mymigrasi dalam Youtube juga melabelkan Zahrain sebagai Kera kena belacan.

Kera fobia dengan belacan, sebab baunya busuk, tak percaya cuba try test. Tangkap sekor kera yang suka mencuri dan lumurkan dengan sedikit belacan dibadannya dan lepaskan, lihat apa jadi. Kalau tak dapat tangkap, ambil batu dan lumurkan dengan belacan, bila kera datang nak mencuri , lastik bagi kena badannya, tengoklah hasilnya.

Walau apa pun ahli politik Umno di labelkan sebagai kera kena belacan, tetapi yang nyata sekarang yang betul-betul terpalit belacan ialan Anwar Ibrahim, Nizar Jamaluddin, Ngeh Ho Kam, Lim Guang Eng. Kesemua mereka ni gelisah dan tak senang duduk dikerjakan oleh Umno dan BN.

Peguam bela kes jatuh bangunan TBH juga macam terkejut beruk apabila didedahkan nota bunuh diri. Dalam facebook juga TBH telah bercakap soal bunuh diri ialah jalan terbaik baginya.