Rabu, 11 Ogos 2010

MCA PERLU BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN SOKONGAN KAUM CINA

MCA adalah parti politik kaum Cina yang terbesar di negara ini, perlu memikul tanggung jawab untuk membetulkan minda ahli Mca dan pengundi Cina mengenai konsep kongsi kuasa yang dipersetujui oleh pemimpin awal dalam Perikatan sebelum merdeka.

Melayu dan Raja-raja Melayu sanggup berkompromi dan bertolak ansur untuk mencapai kemerdekaan. Oleh itu Mca juga perlu mengembalikan nostalgia sebenar kerjasama Umno-Mca-Mic sebelum merdeka. Hari ini nostalgia itu semakin dilupakan oleh generasi baru Cina.

Pengerusi Institut Penyelidikan Analisis Strategik dan Kajian Dasar (INSAP), sebuah badan pemikir MCA, Tan Sri Dr Fong Chan Onn berkata tidak sukar bagi MCA untuk meraih kembali sokongan masyarakat Cina, selepas mendedahkan "gambaran tersembunyi" parti pakatan pembangkang asalkan kita dapat menjelaskan kepada mereka apakah 'alternatif' parti pakatan sebenarnya.

Mca perlu kembali menjadi parti komponen kedua terbesar Barisan Nasional, menggemblengkan anggota parti untuk bertindak menentang Dap, Pas dan Pkr.

Mca tidak boleh menjadi duri dalam daging atau gunting dalam lipatan. Mca mesti jujur dalam mempertahankan perlembagaan dan kontrak sosial yang telah dipersetujui bersama.