Rabu, 11 Ogos 2010

KORIDOR UTARA MENYEDIAKAN 3000 PELUANG KERJAYA DAN LATIHAN DI PROGRAM JUARA RAKYAT UMNO TAIPING

Yb Zahir dan wakil Kolej MultimediaTM
Ibu menerima dermasiswa mewakili anaknya
KAMUNTING, 7  Ogos lalu, dalam Program Juara Rakyat, NCER atau Koridor Wilayah Utara dalam program Road Show nya telah menawarkan 3 ribu peluang latihan dan kerjaya kepada remaja-remaja tempatan. 

Berbekalkan dengan latihan yang disediakan ia dapat memberikan pulangan gaji dalam kategori berpendapatan tinggi. 

Untuk mencebur diri dalam bidang kerjaya berkemahiran , mereka perlu mempunyai sijil kemahiran yang diperakui oleh piawaian pihak-pihak tertentu. Oleh itu mereka perlu berusaha untuk melengkapkan diri dengan kemahiran yang berkaitan.

Kira-kira  18 badan koperat telah menyertai program sehari yang berlangsung di Dewan MPT Kamunting bermula 8.30 pagi hingga 4 petang. Selain pameran kerjaya , Sime Darby dan Career Xcell Sdn Bhd telah mengadakan seminar kerjaya disebelah petangnya.
Agens yang turut mengambil bahagian di bawah NCER ialah;

  1. Sime Darby Plantation
  2. Rebak Island Resort
  3. Career Xcell sdn bhd
  4. SAL Group of College
  5. Multimedia College sdn bhd
  6. Sime Darby Nursing and Health College
  7. Yayasan Pembangunan AMP
  8. Tharshal Training Academy
  9. Japan-Malaysia Institute
  10. Institut Latihan Kemahiran Nibong Tebal.
  11. DNJ Spa Candle
  12. Yayasan Kemajuan Sosial Malaysia
  13. CVM mineral ltd. Converse Venture Magnesium
  14. Dell Global Business
  15. Flextronics
  16. Hoya Electronic
  17. Jabatan Tenaga Kerja 
  18. Sime Darby Industrial Academy.
Program Karnival Kerjaya ini dibuat serentak dengan Program Juara Rakyat dan majlis penyampaian derma siswa oleh Yayasan Perak kepada  358 penerima yang baru memasuki IPT.