Rabu, 25 Ogos 2010

KERAJAAN HARAM TETAPI DUITNYA HALAL

Dalam kerajaan , ramai orang Pas yang 24 jam mengutuk kerajaan atau pun majikan mereka. 

Bila kita persoalkan tentang gaji yang mereka dapat dan ganjaran lain, dengan mudah mereka menjawab, 

"Itu memang duit kerajaan, duit kerajaan duit rakyat, bukan duit Umno"  

Jadi tak hairanlah merekalah orang yang pertama akan cucuk duit dari mesin ATM apabila Najib mengumumkan duit raya untuk kaki tangan kerajaan. 

Teringat pula kisah sumbangan akhbar Utusan Malaysia oleh wakil rakyat Umno kepada sekolah-sekolah. Guru yang pro Pas ni bukan main bongkaknya berkata, 

" Kami tak mainlah surat khabar sumbangan ikhsan ini, tok sah kata nak ambil balik, nak baca pun tak hingin" 
  
Gaji, elaun  dan bonus sapu juga. Memang Hampas dan sesat pemikiran puak-puak ni...




PUTRAJAYA: Berita baik untuk semua pegawai kerajaan dari Gred 1 hingga 54. Kerajaan setuju untuk beri 'Bantuan Khas Kewangan' sebanyak RM500 sebagai sumbangan sebelum 1 Syawal.

Bantuan khas ini akan turut dinikmati oleh para pesara kerajaan.


"Keputusan ini diambil setelah mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.


Menurut beliau, bayaran itu melibatkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.