Rabu, 25 Ogos 2010

MEMANG SALAH PUN,

Salahkah doakan agar mereka masuk Islam?


"Memang salah. Sebab bukan masa dan ketikanya hang nak berdoa untuk dia. Ini ritual agama Islam setiap minggu. Pasai apa nak berdoa untuk dia.

Lainlah, kalau hang berdoa untuk semua rakyat secara umum , seperti kita mendoakan kesejahteraan dan membuat solat hajat kepada kaum Palestine yang ditindas oleh Yahudi. Walaupun sebahagian dari mereka adalah beragama Kristian.


Kalau nak seru Lim Guang Eng masuk Islam kenalah bagi dakwah dan tarbiah kepada dia. Beranikah Pas berdahwah kepada LGE yang kuat pegangannya dalam Kristian ?"


Lim Guan Eng attended Way of the Cross in Cathedral of the Holy Spirit

March 21, 2008 1:36 pm Diana News

I just got an sms from my youngest sister that our new Penang Chief Minister, Lim Guan Eng attended Way of the Cross in Cathedral of the Holy Spirit plus tons of pressmen. Though I am a Protestant attending a Baptist Church, my dad and my two younger sisters are Catholics and are church lectors. This is a pleasant surprise to know that Guan Eng is a Christian.

Today is Good Friday and the coming Sunday will be Easter. This is an important occasion marking the resurrection of Jesus Christ on the third day after being crucified.

Now with Lim Guan Eng being a Catholic, hopefully the churches in Penang will have more power and authority to preach and build more churches with crosses.

In the previous administration under Dr Koh Tsu Koon, the word Church was not allowed to be used in new church buildings and they can only be called Christian Centre.

Notwithstanding, even crosses are not supposed to be shown in the new church buildings. It was a systematic suppression of the practising of Christian faith and gradual Islamisation all over Malaysia.

May God bless Penang and the new Government comprising DAP, PKR and PAS alliance.
DianaTan.net

Zukifli Sulong adalah Editor Harakah dan dialah yang memutar belitkan isu Anwar kena racun arsenik dalam penjara Sungai Buloh.

Berikut ialah putar belit beliau mengenai isu nama Guang Eng dalam khutbah Jumaat. Editor yang menyesatkan pemikiran Pas yang sudah lama sesat.

August 24, 2010

24 OGOS — “YAB jangan bimbang. Isu bazar Ramadhan di Komtar telah membuktikan Umno ini melampau dan sudah ‘over kill’. Sekarang, bila Umno serang you, orang akan fikir dua kali benarkah apa yang mereka kata itu,” kata saya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Ketika itu, kami berbual sambil menunggu masuk waktu berbuka dalam majlis yang dianjurkan beliau di Khadijah Kitchen, Petaling Jaya Khamis lepas.

“Tapi Zul, hari-hari mereka serang saya. Mana boleh tahan,” balas Lim Guan Eng menceritakan masalah yang dihadapi beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Pelbagai perkara baik yang dibuat oleh beliau di sana, namun semua itu tenggelam apabila media yang dikuasai Umno terus mempolitikkan apa sahaja yang berlaku di Pulau Pinang.

Ketika kami sedang makan dan kebetulan sekali lagi saya duduk semeja dengan beliau, Lim Guan Eng berkata kepada saya, “Tengok ini Zul...tadi you kata ok, sekarang datang lagi serangan nih,” sambil memberikan Blackberry beliau kepada saya.

Ia memaparkan berita dari Bernama iaitu kenyataan Menteri Pertahanan yang juga Pengerusi Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempertikaikan Lim Guan Eng kerana kononnya mengarahkan nama beliau dimasukkan dalam Khutbah Jumaat menggantikan nama Yang Dipertuan Agung.

“Macam mana saya mahu tahan kalau hari-hari kena,” kata beliau melahirkan rasa geramnya terhadap media dan Umno.

“Saya tidak tahu menahu isu ini. Tidak ada sebarang arahan atau saya bincangkan hal ini. Saya telah arahkan Malik (Exco agama Pulau Pinang) untuk siasat dan berjanji kalau ada pegawai saya yang salah, saya akan bertindak segera,” kata Lim Guan Eng sedih.

Ini membuat saya rasa terkedu. Apa sudah jadi sebenarnya. Namun saya penuh keyakinan, mesti ada yang tidak kena dalam berita ini.

Balik ke pejabat keesokan harinya, saya menerima email satu laporan yang dibuat dalam KMU.net iaitu laman Umno yang terlebih dahulu menyerang isu itu. Lalu saya fahamlah, inilah sebenarnya sumber kenyataan Zahid itu iaitu peristiwa sebuah masjid di Pulau Pinang yang khatibnya berkhutbah dengan menyebut nama Lim Guan Eng dalam khutbah itu.

Menurut laporan Utusan Malaysia semalam (23 Ogos), seorang khatib, Ustaz Zakaria Ahmad, mengaku menyebut nama Lim Guan Eng dalam khutbahnya namun ia telah diambil dalam konteks yang salah oleh Umno dan media mereka.

“Laporan mengatakan saya mendoakan keselamatan Lim Guan Eng adalah fitnah kerana saya tidak melakukannya. Saya hanya doakan supaya dia (Guan Eng) diberi hidayah oleh Allah untuk memeluk Islam, itu sahaja,” kata Zakaria sebagaimana yang dilaporkan Utusan.

Inilah isu sebenarnya. Isunya bukan nama Lim Guan Eng digunakan untuk menggantikan nama Yang Dipertuan Agung tetapi khatib telah berdoa agar Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP itu masuk Islam.

Salahkah berdoa agar orang bukan Islam masuk Islam? Bagi saya bukan setakat boleh tetapi diminta umat Islam berdoa agar mereka menyertai Islam. Tambahan pula dengan pengaruh yang ada padanya ia akan memberikan kelebihan kepada Islam.

Inilah yang pernah dibuat oleh Nabi Muhamad saw di awal Islam dahulu. Baginda berdoa agar diberikan hidayah agar salah seorang dari pembesar Quraish ketika itu iaitu dua Omar memeluk Islam. Dan doa Baginda dimakbulkan apabila Omar Al Khattab memeluk Islam dan menjadi pemimpin Islam. Omar kemudiannya menjadi khalifah Islam yang kedua.

Sudah tentu Ustaz Zakaria yang dilaporkan Utusan belajar di Universiti Al Azhar mengetahui kesah ini. Lagipun Ustaz Zakaria bukan calang-calang orang. Abang beliau adalah Mufti Pulau Pinang. Adik beliau adalah Ketua Penerangan PAS. Sepupu beliau adalah Menteri Besar Perak sekarang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.

Takkan seorang imam dan khatib tidak boleh mengikut apa yang dibuat oleh Nabi ketika berkhutbah. Inilah sebenarnya masalah Umno. Mereka hanya bersentimen tetapi bukan dengan ilmu.

Di Shah Alam, untuk menunjukkan mereka jaguh pejuang agama Islam, mereka mengarakkan kepala lembu dengan tujuan untuk menghina agama Hindu dalam isu pembinaan kuil di sana. Padahal Islam melarang mana-mana penganutnya menghina tuhan-tuhan agama lain kerana tidak mahu mereka menghina tuhan umat Islam iaitu Allah.

Sebelum ini di Pulau Pinang, mereka mendakwa kerajaan Lim Guan Eng tidak memberikan kebenaran kepada umat Islam berniaga di bazaar Ramadhan di Komtar kononnya untuk menyekat orang Melayu berniaga. Sentimen agama iaitu Ramadhan dimainkan untuk menanam bibit benci umat Islam kepada kerajaan negeri.

Padahal cerita sebenarnya adalah ketua peniaga itu tidak membuat bayaran kepada PDC yang menguruskan Komtar untuk menyewa tapak itu selepas menerima bayaran dari peniaga sendiri. Yang jadi mangsa tetap Lim Guan Eng.

Sebelum ini, akhbar dan media Umno juga yang memainkan sentiment kerajaan negeri Pulau Pinang menyekat peniaga Melayu apabila merobohkan sebuah kedai orang Melayu yang dibina di atas pokok.

“Kedai itu dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan bukan kerana dia milik Melayu tetapi dia tidak selamat...ia dibina di atas pokok. Kalau kedai Cina pun kita akan robohkan,” kata Lim Guan Eng kepada penulis sebelum ini.

Sebagaimana kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Umno sejak kebelakangan ini memang suka sangat memainkan isu dari perspektif perkauman. Persoalannya apakah motif mereka?

Bagi saya, kalau kita boleh teka, motifnya adalah berusaha mengekalkan kuasa. Umno sedar, orang bukan Melayu tidak lagi akan bersama dengan Umno dan BN. Mereka kini mengharapkan Melayu semata-mata untuk mempertahankan kerajaan BN itu. Untuk itu, segala usaha perlu dibuat untuk memastikan semaksima mungkin peratusan Melayu menyokong mereka.

Persoalaannya, wajarkah Melayu yang beragama Islam ini terus diperbodohkan Umno dengan isu yang bukan-bukan dan bodoh ini.

Adakah Melayu pula sanggup terus diperbodohkan Umno dengan isu yang bukan-bukan ini. Tepuk dada tanya iman.