Khalid Ibrahim menyokong cadangan Tony Pua bersabit penarikan balik diskaun yang diberikan kepada bumiputra untuk pembelian hartanah melebihi RM 500 ribu. Bagaimanapun Khalid tersalah fakta dengan menyebut penarikan balik berkata ia melibatkan hartanah melebihi RM1 juta.
Agaknya Khalid bukan saja gagap tetapi cacat pendengaran dan tak dapat membezakan 500 ribu dan 1 juta.
Kata Khalid diskaun perlu dihapuskan dan diskaun itu dipulangkan kepada masyarakat yang miskin bagi kan duit itu kepada Lembaga Zakat Selangor.
Cadangan Khalid ternyata salah dari segi agama dan hukum zakat. Tidak ada nas yang menyatakan pembelian rumah melebihi 1 juta ringgit wajib dikenakan zakat.
klik tajuk untuk melihat sebuah rumah For Sale.
Untuk pengetahuan Khalid, Tony Pua mencadang dihapuskan diskaun bagi rumah yang bernilai RM500 ribu ke atas. Dengar tu Khalid.
Satu perkara lagi ialah harga rumah di Selangor tidak ada yang murah lagi. Sebuah rumah teres sudah menjangkau 300 ribu ringgit, dan rumah berharga 500 ribu sudah menjadi satu nilai yang biasa.
Begitu juga dengan halnya pembelian hartanah premis perniagaan. Mana ada bangunan kedai yang murah. Cadangan Pua ternyata ingin menutup peluang bumiputera membeli hartanah. Inilah yang dikatakan agenda Dap untuk menghapuskan kuasa membeli orang Melayu dan bumiputera.
Melayu Pas dan Melayu Pkr pula menyokong cadangan bodoh tersebut. Di Taiping apabila projek perumahan dan bangunan kedai dibangunkan oleh pemaju dan pembelinya rata-rata ialah bukan Melayu, Pas dengan mudah menyalahkan Umno kerana buat pembanguna bukan untuk Melayu. mereka juga menambah bahawa Umno menjual tanah kepada Cina.
Habis tanah di Taiping jadi milik Cina. Pas menyalahkan Dato Malik kerana menjual banyak tanah kepada Taiping Super Motor. Sebenarnya orang Melayu tidak boleh disalahkan kerana tidak membeli hartanah tersebut kerana ia bergantung kepada minat.
Jika ada Melayu atau Bumiputera yang berminat kepada sesuatu projek mereka akan membeli walaupun harganya 500 ribu ke atas. Cuma orang Pas yang berkokok kerana mereka tidak mampu.
Untuk makluman Khalid anak Ibrahim juga rumah kos rendah dan sederhana dan sederhana rendah tidak ada diskaun, Lihat lah rumah-rumah pangsa dan rumah awam yang dibangunkan oleh PKNS. Tak ada diskaun pun sebab ia adalah rumah rakyat, semua kaum berhak untuk membelinya.
Diskaun hanya untuk rumah berharga tinggi , Sudahlah Jangan nak mengarut wahai Khalid Gagap.
[ lagi harga rumah melebihi 500 ribu ringgit]