Khamis, 5 Ogos 2010

PMBK Menindas Rakyat Kelantan


Panas! Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Menindas Rakyat Kelantan !!!

Masjid Al Hussain, itulah nama sebuah masjid yang ingin dibina oleh Tan Sri Rashid Hussain untuk diwakafkan di Kota Bharu, Kelantan. Lebih tepat lagi ianya terletak di pelan pembangunan Bandar Baru Tunjong .Tapak yang dicadangkan ini seluas 9.40 ekar di mana terletak berhampiran persimpangan Jalan Kuala Krai-Kota Bharu dan Jalan Kota Bharu -Rantau Panjang.

Siapa yang tidak kenal TS Rashid Hussain. Jutawan terkenal yang pernah memegang saham RHB Bank yang mengambil nama bersempena nama Rashid Hussain Berhad. Beliau juga merupakan menantu kepada jutawan terkenal Robert Kuok, pemilik ladang tebu Perlis Plantation Berhad. TS Rashid telah lama menyimpan hasrat untuk membina dan mewakafkan sebuah masjid di Kota Bharu dengan menamakan masjid berkenaan Masjid Al Hussain, bersempena nama arwah Ayahanda beliau.

TS Rashid telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan Negeri dan Kerajaan Negeri telah bersetuju dengan cadangan tapak masjid berkenaan. TS Rashid telah memaklumkan bahawa beliau akan membina sendiri masjid berkenaan dan apabila telah siap sepenuhnya, masjid tersebut akan diserahkan kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) dan Kerajaan Negeri untuk diuruskan.

Pihak TS Rashid telah melantik arkitek, kontraktor dan pemaju yang dipercayainya untuk menyiapkan masjid berkenaan. TS juga telah memberi akujanji akan menanggung sepenuhnya kos pembinaan masjid berkenaan. Arkitek, kontraktor dan pemaju yang dibawa oleh TS Rashid bukan calang-calang syarikat. Kalau kami sebut di sini, satu Malaysia pasti kenal. Syarikat berkenaan antara arkitek / pemaju tunggal 100% bumiputera.

Syarikat berkenaan pernah terlibat di dalam pembinaan KLIA, Hospital Sungai Buloh dan banyak lagi.

Niat baik TS Rashid ingin membina sebuah masjid di Kota Bharu mendapat tentangan daripada Kerajaan Negeri. Kerajaan Negeri mengarahkan agar masjid berkenaan diserahkan kepada Kerajaan Negeri melalui PMBK. TS Rashid bersetuju dengan syarat kontraktor yang menyiapkan projek berkenaan adalah pilihannya. Selesai satu perkara. Sekarang timbul pula masalah baru.

TS Rashid ingin membayar terus wang hasil daripada pembelian dan jualan tanah kepada pemilik tanah yang sah. PMBK membantah dan mengarahkan pembayaran dilakukan melalui PMBK, sedangkan tanah-tanah yang ingin dibina masjid berkenaan adalah tanah-tanah persendirian yang tidak ada kena mengena dengan PMBK.

Pelik kan?

PMBK meminta tanah berkenaan ditukarkan nama kepada PMBK tetapi pihak TS Rashid enggan. TS Rashid ingin membina masjid berkenaan dari tahun lepas tetapi tertangguh dek kerana kerenah birokrasi dan kamitakkasi PMBK.

Tup ... tup ... pada 14 September 2009, PMBK menerusi pengurus projek, Tunjong Development Corporation Sdn Bhd telah menganjurkan satu majlis pelancaran derma Masjid Al Hussain yang telah dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Dato'Nik Aziz Nik Mat. Turut hadir menantu hantu kesayangannnya, Ariffahmi selaku Ketua Pegawai Operasi Kumpulan PMBK.

Berita berkenaan majlis berkenaan boleh dibaca di laman web rasmi PMBK, di sini.

Persoalannya:

Kenapakah majlis kutipan derma pembinaan Masjid Al Hussain hendak dilakukan sedangkan TS Rashid telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya 100% kos pembinaan masjid berkenaan?

Kenapa tiada langsung disebut di dalam berita mana-mana Kerajaan Negeri maupun PMBK bahawa masjid tersebut diilhamkan, bakal dibina, ditanggung sepenuhnya serta diwakafkan oleh TS Rashid Hussain?

Kenapa lembu punya susu, sapi yang mahu nama?

Kenapakah majlis penganjuran kutipan derma itu dilakukan? Adakah untuk tabung pembinaan masjid atau tabung pengurusan Kerajaan Negeri kalau tidakpun masuk poket sendiri. Yalah, Kerajaan Kelantan hendak bayar bloggerpun RM4 juta. Mana hendak cekau duit.

Kenapakah pembayaran duit hasil penjualan tanah persendirian wajib melalui PMBK dan bukannya terus kepada tuan tanah? PMBK hendak songlap separuh ke?

Sepatutnya perkara ini mudah sahaja. Beli tanah, buat masjid, apabila siap serah kepada Kerajaan Negeri / MAIK. Semuanya telah disediakan. Kami difahamkan oleh arkitek / pemaju yang kebetulan rakan karib kami, duit sudah ada, pelan sudah ada, pekerja cukup, peralatan tersedia, hanya menunggu kelulusan Kerajaan Negeri. Sehingga posting ini ditulis, PMBK dan Kerajaan Negeri masih bermain tarik tali. Hai susahnya hendak membina Masjid Wakaf di Kelantan ye.

Kalau berhala okaylah pulak. Siap ada berdiri, duduk, tidur dan terlentang. Hendak bina Masjid banyak halangannya. Sabarlah Tan Sri. Mungkin dugaan Allah apabila kita hendak buat kebajikan.

Moral cerita, sesiapa yang berniat hendak membina Masjid, janganlah dicadang untuk dibina di negeri Pakatan Haram. Banyak sangat songehnya!!!

Lembu punya susu, sapi dapat nama ke? Mak aiii..!!! Dah kemaruk sangat ke nak buat masjid, tapi kata tak ada duit? Buat Markas PAS besaq-besaq ada duit!!!

Sumber : Cucu Tok Selampit
http://khairulryezal.blogspot.com/2010/07/panas-pmbk-menindas-rakyat-kelantan_27.html