tidak salah untuk orang kafir masuk ke dalam masjid, ini pendapat almarhum sheikh Ahmad Deedat, seorang pendakwah terkenal di Afrika Selatan yang banyak berdebat dengan paderi kristian, ramai penganut kristian telah memeluk islam setelah mendengar hujah-hujahnya. Dalam seisi kunjungannya ke masjid UKM pada awal tahun 90an. dia telah menjemput pelajar-pelajar bukan islam masuk ke dalam masjid. dia mempersoalkan kenapa orang bukan islam duduk diluar masjid, lalu dengan menggu7nakan mikrofon beliau memanggil pelajar-pelajar bukan islam masuk ke dalam masjid di ruang sembahyang. ini disaksikan oleh saya sendiri
Tuan,
Saya bersetuju dengan saudara bahawa bukan islam boleh masuk masjid, Masjid Putrajaya, Masjid Negara, Masjid Kristal juga membenarkan pelawat masuk ke dalamnya tetapi dengan syarat yang ketat. Tak percaya pergilah ke tiga-tiga masjid yang disebutkan tadi.
Malah kontraktor bukan Islam pun ramai yang masuk ke dalam masjid untuk membaiki kerosakan dan memasang alatan-alatan seperti kipas, penghawa dingin, lampu, mengecat dan sebagainya. Perempuan Islam yang tak suci pun tidak diizinkan masuk ke masjid. Inikah pula Amoo cina yang tak tahu hukum Islam.
Ahmad Deedat mungkin bermazhab lain tak sama dengan kita, lagi pun Ahmad Deedat menjemput bukan Islam datang untuk mendengar ceramah beliau. Ia berlawan dengan apa yang berlaku di negara kita hari ini.
Dap dan Pas bagai menandatangani satu perjanjian sulit di mana 2010 menampakkan satu trend yang kurang sihat dimana wakil rakyat Dap datang dan masuk ke surau dan masjid untuk memberi tazkirah. Ini bukan sahaja berlaku di Selangor tetapi juga di Taiping terutama di kawasan Parlimen Bukit Gantang yang dimenangi oleh Nizar Jamaludin.
Apa tujuan Dap masuk ke masjid dan surau, untuk mendengar ceramah, atau untuk mengucap dua kalimah syahadat kerana tertarik dengan ajaran dan amalan penganut agama Islam?
Dap masuk ke masjid untuk menyampaikan tazkirah. Masjid dan surau yang dikuasai oleh Pas akan mengadakan solat terawikh setakat 8 rakaat sahaja kononnya mengikut sunnah Nabi. Tahun-tahun sebelumnya solat terawikh dibahagikan kepada 3 bahagian. iaitu 4 rakaat dan diselangi dengan tazkirah, selesai tazkirah disambung semuala 4 rakaat berikutnya mencukupkan 8 rakaat.
Pada tahun ini ada sedikit perubahan, mereka menyelesaikan 8 rakaat dan tazkirah kemudiannya. Di waktu ini lah ahli-ahli politik Dap yang terdiri dari bukan Islam akan memberi tazkirahnya. Kenapa Dap? kenapa tidak menjemput guru-guru agama yang ramai dan bertauliah. Apa yang Cina Dap tahu tentang Islam? Jadi tujuan mereka masuk ke masjid untuk apa? Untuk berpolitik , anda setuju?
Guru-guru agama sudah lama menegah urusan dunia dibawa masuk ke dalam masjid ia berdasarkan Quran dan Sunnah.
Mungkin Pas boleh mengubah fatwa. Sebelum ini pun Pas pernah mengikut jejak kerajaan abbasid di mana Gabnor Madinah tahun 147H telah mengeluarkan fatwa bahawa sesiapa yang tidak taat kepada pemerintah akan jatuh talak terhadap isterinya.
Perkara ini Nik Aziz dan pemimpin Pas telah laksanakan di Malaysia. Bagaimanapun pada peringkat permulaan pendedahan yang dibuat oleh Dr Hassan Ali dinafikan oleh kebanyakan pemimpin Pas. Akan tetapi bila didedahkan ucapan ceramah oleh Ustaz Ramlee Tusin Adun Semanggol Perak, baru Pas diam kerana malu.
Kali ini Pas mengizinkan ahli politik dari Kapir Harbi masuk dan memberi tazkirah untuk apa?