Malaysia bumi bertuah, menjadi tumpuan segenap masyarakat dunia untuk bercuti dan mencari nafkah.
Sebahagian kecil warga Indonesia menjadikan Malaysia sumber utama untuk mencari kehidupan yang selesa, bergelar jutawan, untuk memiliki rumah yang selesa, untuk memberi makan anak-anak dan keluarga di kampung mereka.
Suami rela berpisah dengan isteri dan untuk datang ke Malaysia mencari pekerjaan. Begitu juga si isteri, sanggup meninggalkan suami dan anak-anak demi mencari rezeki walaupun menjadi hamba kepada sesetengah majikan mereka.
Menurut perangkaan Kedutaan Indonesia di Malaysia, jumlah warga Indonesia yang tinggal di negara ini melebihi 2 juta orang . Mereka yang datang secara sah dianggarkan 1.2 juta orang dan pendatang tanpa izin atau PATI dianggarkan 1. 5 juta orang menjadi kelompok pekerja asing yang teramai dan terbesar di Malaysia. Jumlah ini tidak termasuk 13 ribu pelajar yang menuntut dipusat pengajian tinggi swasta dan awam.
Sektor pekerjaan yang mereka ceburi adalah sebagai pembantu rumah, pekerja binaan, perladangan, pekerja perindustrian, berniaga dan terdapat juga warga Indonesia yang menjadi kupu-kupu malam dan GRO.
Mereka yang datang bukan semuanya mempunyai niat yang baik, penyamun dan lanun yang lari dari buruan polisi juga turut menyusup masuk untuk mencari perlindungan dan disamping itu mengembangkan kegiatan haram mereka. Ramai yang mati ditembak pihak berkuasa negara kita.
Ramai yang menjadi mangsa seksaan dan deraan majikan dan ada yang mati ditangan majikan mereka.
Mereka yang ditangkap kerana datang secara haram akan ditahan untuk satu tempoh sebelum dihantar pulang.
Ramai juga yang dipenjarakan dan dihukum gantung sampai mati atas kesalahan yang mereka lakukan
Kesemua ini menjadi dendam kesumat kepada sebahagian penduduk Indonesia.
Malaysia ingin diganyang mereka, penduduk Malaysia di labelkan sebagai Maling. Negara kita dilabelkan sebagai Malingsia. Keturunan kita di panggil anjing dan bermacam-macam lagi cemuhan yang dilemparkan kepada kita, walhal satu pun tidak menjadi duri dan kudis kepada kita.
Stesen tv dan radio Indonesia juga bersikap tidak profesional. Mereka juga sering mengapi-api semangat anti Malaysia.
Sudahnya apabila wujud sedikit krisis di perairan antara dua negara ini, ia sering menjadi isu hangat di media mereka, iaitu tv, radio dan akhbar. Kesempatan ini disambut oleh mereka yang pernah di penjara, ditahan ,yang pernah dipulangkan secara paksa , atau saudara mara mereka yang menerima hukuman di negara kita . Mereka inilah yang akan menjadi panas dan ganas apabila wujudnya sesuatu krisis.
Mereka juga akan dibayar oleh pihak-pihak yang cuba menimbulkan ketegangan antar dua negara berjiran ini. Ingat! Di sana masih ada rakyat kita yang bersembunyi, lari dengan harta dan kekayaan hasil kerja haram dengan pengkhianat bangsa yang sedang menggila di negara kita. Individu tersebut pernah disiarkan dalam blog ini dahulu.
Tidak hairanlah jika beliau membayar upah kepada mereka yang teramat marah dan berdendam dengan kita.
Bagaimana pun kita perlu bertindak bijak. Melawan kembali dengan membuat perkara yang sama di Kedutaan atau konsulat Indonesia di negara kita perlu dielakkan. Jangan merendahkan martabat kita sebagai bangsa berhemah dan bertamadun. Jangan ikut rentak dan tarian mereka. Kita buat cara kita. Diam bukan bererti kalah, membisu bukan bermakna takut. Bahkan orang yang berjaya mengawal amarahnya adalah orang yang berani.
Bertindak secara berhemah, profesional, bertindak menggunakan akal, bertindak menggunakan kepala dan bukan kepala diantara dua kepala lutut seperti mereka yang membakar dan memijak jalur gemilang dan melemparkan najis di kedutaan kita.