Jumaat, 27 Ogos 2010

MASJID DI SELANGOR TERUS DIKOTORKAN OLEH PAKATAN TIGA SUKU

JAIS memang kena tegas..!! Janganlah kita mengharapkan apa apa tindakan daripada PAS Selangor yang memang sanggup dan rela menjadi barua dan kuda tunggangan kepada DAP dan PKR.

Setelah semalam kita disajikan dengan berita pembongkaran majlis mencemarkan Surau Al-Huda di Kajang oleh wakil rakyat DAP, Teo Nie Ching, masih ada lagi wakil rakyat bukan islam diajak masuk kedalam tempat solat orang islam..! Kali ini giliran Masjid At-Taqwa Selayang Baru mentauliahkan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen.

Bertopengkan majlis penyampaian sumbangan, William Leong turut diberikan ruang untuk “bertazkirah” diimana beliau berpesan supaya isu agama tidaklah dimainkan semata mata untuk kepentingan politik…..
Gambar dan tulisan oleh : Info corner