Jumaat, 27 Ogos 2010

Pengajaran daripada perbuatan khianat terhadap surau dan gereja

TM amat memuji tindakan  pantas polis yang dapat menyelesaikan kes simbah cat dan arak di surau Taman Pulai Impian Sikamat Seremban.

Terima kasih juga kepada MCA Negeri Sembilan Senator Datuk Dr Yeow Chai Thiam yang telah menampilkan keluarga 4 remaja yang ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Teringat juga kes bekas pelajar Cina Muar di Taiwan yang mengubah lagu NegaraKu dengan menjadi lagu rap dan lirik lagu yang menghina negara. Ibu bapa dan Mca juga telah tampil untuk memohon maaf.

Puteri Umno mendesak kerajaan bertindak tegas terhadap seorang pemuda dari Muar Johor, Wee Meng Cheng atau dikenalisebagai Namewee kerana mengulangi perbuatan yang dianggap biadap, kali inidengan menerbitkan klip video yang boleh menyemarakkan api perkauman.

Bagaimana pun pelajar Namewee tidak diambil tindakan undang-undang atau amaran itu, meneruskan kempen dan kreativitinya untuk terus menghina negara. Selepas ini mungkin akan ada lagi satu sidang media untuk memohon maaf buat kali kedua.

Sebelum ini pelbagai insiden yang sama telah berlaku di tempat-tempat lain. Di Melaka pernah sebuah masjid diletakkan kepala babi, malah dalam surau di Universiti Malaya pun dicemari dengan daging babi. Akan datang entah apa pula yang akan berlaku.

Dahulu tidak pernah berlaku peristiwa sedemikian rupa sehinggalah satu semangat ganas ditiupkan oleh bekas seorang pemimpin Umno sewaktu menjadi pemimpin pelajar. Sejak itu bermulalah sikap rasis yang dicetuskan beliau kepada pengikut kumpulannya. Dinding-dinding tandas masjid menjadi sasaran contengan kumpulan ini yang lebih bersifat rasis.

Hari ini selepas berada diluar kotak Umno, suaranya , mimik mukanya semakin ganas. sentimen perkauman ditiupkan semula. Perpecahan Melayu menjadi agenda utama. Membenci kerajaan yang memerintah menjadi perkara pokok dalam perjuangannya.

Reformasi dilaungkan, pluralisme agama diutamakan, kesamarataan hak dibangkitkan. Maka berjayalah beliau menimbulkan kebencian pengikut terhadap Ulul Amri.

Seluruh jentera kerajaan dihina dan labelkan sebagai kuda tunggangan. Kefahaman rakyat terhadap jentera kerajaan telah dipesongkan dengan jayanya oleh beliau dan penyokongnya.

Berpunca daripada sentimen beginilah menyebabkan 4 remaja ini berani dan tanpa rasa bersalah berani melakukan perbuatan khianat yang boleh menimbulkan rusuhan kaum.

Ibu bapa mereka mengakui akan kesalahan mereka dalam mendidik anak mereka. Kita terima maaf mereka. Apakah yang bersalah bebas dari hukuman? Ia bergantung kepada pihak jawatankuasa masjid untuk meneruskan kes atau berdamai.

Bagaimana pula dengan ibubapa yang terlibat dengan kes cubaan membakar gereja di Kuala Lumpur dan Taiping.

Adakah ibu bapa mereka membuat sidang media dan memohon maaf atas kesilapan anak mereka.

Kes bakar gereja di Kuala Lumpur sudah pun selesai dan kedua-dua tertuduh menerima hukuman penjara. Kes di Taiping akan disebut dalam mahkamah bulan September ini jika tidak silap TM.

Kes di Sikamat cuma berbeza ialah tidak ada cubaan membakar. Salah tetap salah, hukuman dan pendakwaan bagaimana pula?

Berikut ialah ayat-ayat memohon nyawa daripada ibu bapa 4 remaja tersebut;

''Anak saya sudah melakukan kesalahan yang amat sukar saya terima, begitu juga umat Islam. Ia adalah perbuatan yang tidak baik. Harap permohonan maaf ini dapat diterima,"



''Mungkin saya kurang mengajar anak untuk menghormati orang lain dan tidak membuat kacau di kawasan tempat sembahyang. Maafkan kami,"


''Anak saya telah melakukan kesalahan yang amat besar. Kami mohon maaf dan berharap masyarakat dapat menerimanya,"

''Saya sedar ini adalah kesalahan yang tidak boleh diterima dan anak saya telah melakukannya. Ia satu kesilapan besar. Saya juga merasakan kesalahan itu dalam diri saya sendiri. Maafkan kami semua,"

Di bulan yang baik ini kita harus menerima permohonan maaf mereka untuk kesalahan kali pertama. Kita rujuk pula peristiwa anak yahudi yang setiap pagi menyimbah benda-benda kotor ke atas tubuh Nabi Muhammad SAW sewaktu baginda melintasi rumahnya untuk ke masjid. Umat Islam di Malaysia harus bersabar menerima dugaan dan ujian di bulan Ramadhan ini.