Sabtu, 7 Ogos 2010

Misi Gaza oleh Ali Baba Penyamun

"Kita doa mudah-mudahkan misi kemanusian kali ini tidak akan menempuh banyak rintangan ganas rejim Israel dan sekurang-kurang keriuhan espisod Frotila menyebabkan Mesir bersetuju bagi laluan. tetapi yang penting ialah mesej yang jelas rantau ini juga cukup prihatin tentang bencana kezaliman penindasan yang berlaku ke atas rakyat Gaza.

Kita mendoakan kepada Allah SWT mudah-mudahan memberikan dorongan kepada mereka meringankan beban mereka yang terpenjara begitu rupa.dan memberikan keinsafan , tekanan dunia supaya Gaza bebas merdeka.

Saya jangka memang ada golongan yang akan mempertikai.itu hak mereka. Al-Gore mewakili pandangan demokrat yang lebih terbuka. dan Wolforwitz konservertif republikan tetapi mereka tidak dalam isu keadilan proses undang-undang,  mereka menyatakan ada hal yang mereka bersetuju dengan saya dan beberapa sikap dasar luar saya yang tidak persetujui.

Ini masalahnya ialah orang Umno tidak baca. Jadi dia buat hukum berdasarkan kedangkalan ilmu dan kejahilan. Apa yang disebut oleh mereka ialah berapa mereka tidak bersetuju dengan beberapa dasar. Apa dasar luar yang tidak dipersetujui? Serangan Amerika di Iran, serangan Amerika di Afghanistan yang dipersetujui oleh Umno, saya tidak bersetuju. dan ketegasan kita soal Gaza dan Palestine.

Janji kerajaan Umno Barisan Nasional membantu, tidak dibantu, rombongan ini datang, mereka keluar sekarang tidak dengan bantuan mereka, wal-hal mereka war-warkan bila keadaan begitu riuh untuk meraih simpati. itu tidak ada keikhlasan konsistensi  atau istiqamah. jadi soal pandangan bangkit Shekh Yusof Qardawi pun keluar kenyataan lebih keras dari mereka berdua.

Media antarabangsa lain keluar juga. Dunia Arab, Indonesia badan2 Islam sudah suarakan. Badan2 Islam seluruh dunia, sarjana islam lebih 60 orang sudah buat surat terbuka.jadi bagi saya ini cuma golongan Umno ini hanya mengguna ini seolah-olah ada orang-orang barat saja.

Pada hal apa ulasan mereka tentang fatwa Shekh Yusof Qardawi. yang jauh lebih keras yang menghukum orang2 ini sebagai munafik dan fasik. itukan lebih keras. saya fikir orang dah tahu begitu, dah lama cerita ini. tetapi yang bayar Apco ialah Umno.Yang bayar Apco itu Dato Najib dan Umno. Yang menggunakan Robert De Nero dan segala bintang filem Hollywood untuk jaja mereka itu Datin Rosmah.  Ini patut dia jawab.

Kita tak pertikai hak sesiapa suarakan itu Untuk kita bantah, nampak sangat kedangkalan kita. sebab kita keluarkan pendapat kita mengenai Afghanistan, mengenai Palestine, mengenai perang masalah Darfur, apakah orang lain tidak boleh menyuarakan pandangan mereka?

Jadi saya fikir kita teruskan tugas kita, kerja kita untuk menyedarkan rakyat. melihat bagaimana media dipermain dan diperalatkan diserang hari-hari tetapi tidak beri peluang kita jawab.


Itu skrip apa yang disuarakan oleh Anwar mengenai kes Misi Gaza dan kes liwat. ternyata Anwar berbohong dalam banyak perkara di atas. Baca dan dengarkan..Nilaikan lah sendiri.