Ahad, 8 Ogos 2010
PROGRAM JUARA RAKYAT UMNO BAHAGIAN TAIPING
KAMUNTING- 7 Ogos 2010 - Program Juara Rakyat anjuran Umno Bahagian Taiping bersama Adun Kamunting dengan kerjasama Koridor Utara (NCER). Program bermula dari jam 8.30 pagi dengan Temasya Sukan Tadika Kemas Parlimen Taiping.
Tema program Juara Rakyat kali ini berkonsepkan Karnival Kerjaya dan Keluarga Kamunting 2010. Program dijalankan di Dewan Majlis Perbandaran Taiping Kamunting dan padang bersebelahan.
Program Juara rakyat telah dirasmikan oleh YB Dato Seri Nohammad Nazri Abdul Aziz Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebelum itu, ucapan aluan telah dimulakan oleh Y. Bhg Dato Redza Rafiq Abdul Razak CEO Koridor Utara. Visi dan misi program telah di sampaikan oleh YB Dato Mohammad Zahir Abd Khalid selaku tuan rumah. Ketua Umno Bahagian Taiping Y. Bhg Dato Hj Ahmad Shalimin Ahmad Shafie turut juga menyampai ucapan sebelum Nazri Aziz menyampaikan ucaptama.
Sebelum ini program yang sama telah diadakan di kawasan Pokok Assam dan Kawasan Aulong. Sambutan kali ini sunggup memberangsangkan dengan jumlah kehadiran secara konservatif 8 ribu orang.
Uniknya kali ini Agensi Pelaksana Koridor Wilayah Utara telah menawarkan 3 ribu peluang pekerjaan untuk penduduk setempat terutama kepada generasi muda bermula peringkat sijil , diploma dan ijazah. Contohnya Sime Darby menawarkan kursus kemahiran pemandu jentera berat yang boleh memberi pulangan pendapatan melebihi RM 3 ribu sebulan, begitu juga dengan kerja kimpalan dalam perkapalan di Pelabuhan Kelang. Dengan latihan yang cukup pengimpal boleh mendapat gaji asas bermula dari RM 2.5 ribu hingga RM 8 ribu sebulan. Ini adalah usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam transformasi ekonomi negara ke arah negara berpendapatan tinggi.
Pesanan Mohd Zahir kepada anak muda supaya tidak memilih kerja sebaliknya hendaklah mempunyai sikap positif keazaman yang tinggi untuk menyediakan diri dan berkemahiran untuk memperolehi pendapatan tinggi. Oleh itu mereka hendaklah bekerja kuat untuk maju. Jangan nak kerja mudah dan senang sahaja. Satu lagi ialah tidak ada jalan pintas untuk berjaya.
Nazri Aziz menjelaskan bahawa Umno dan Barisan Nasional yang dahulunya dikenali sebagai Perikatan telah lama menjadi Juara Rakyat. Membela Rakyat telah menjadi tradisi Umno sekian lama. Umno tidak pernah mendabik dada apa yang kita buat, segala-gala yang Umno lakukan untuk membela rakyat telah berjaya membangunkan rakyat dan negara selama 50 tahun lebih. Hanya pembangkang sahaja yang menafikan apa juga yang kita lakukan. Umno dan BN juga tidak pernah bersifat pendendam.
Contohnya, Parlimen Taiping bukan lagi milik BN tetapi kemajuan dan projek untuk Parlimen Taiping tidak pernah di anak tirikan. Ini kerana BN tidak pernah bersifat pendendam. BN tetap membela rakyat walaupun kawasan Taiping dikuasai oleh pembangkang. Nazri juga menyebut dakwaan pembangkang yang bermegah dengan slogan Pakatan Rakyat ialah Kerajaan Pilihan Rakyat.
Nazri mempersoalkan bila masanya Pakatan berpakat dengan dan menggunakan lambang dan Pakatan. Mana bendera mereka. Dalam PRU yang lalu mereka bertanding atas bendera masing-masing. Ada kawasan yang mereka bertanding sesama sendiri. Contohnya ialah Parlimen Sibu di mana Dap dan Pkr bertanding. Oleh itu tidak benar jika mereka megah dengan slogan kerajaan pilihan rajkyat. Orang Pas memilih Pas, Dap memilih Dap.
Seterusnya Nazri menerangkan konsep 1 Malaysia dan secara tidak langsung Nazri juga menerangkan konsep bangsa Malaysia seperti mana Tun Mahathir laksanakan. Nazri mengambil contoh ahli sukan . pelbagai kaum yang bertanding bukan atas kaum atau bangsa mereka tetapi atas nama 1 Malaysia. Contoh lain ialah pemain Squas No 1 dunia Dato Nicol David, emak Cina dan bapa India dan dia ialah bangsa Malaysia dalam konsep 1 Malaysia.
Seterusnya selepas selesai ucaptama Nazri menyampaikan dermasiswa kepada pelajar dari Dun Kamunting yang memasuki IPT. Merasmikan Gelanggang Futsal , melawat gerai-gerai kerjaya dan seterusnya bersama-sama dengan penduduk untuk majlis jamuan rakyat.
Nazri hadir dengan konsep bertemakan Off Rood bersama rombongan beliau dengan menaiki 4x4. Bravo Dato! 1 Malaysia juga 1 bangsa Malaysia.
Satu perkara lagi yang TM ingin perbetulkan ucapan Nazri Aziz ialah projek jejantas yang sedang berjalan menggantikan lintasan keretapi berpagar bukan lah untuk mengatasi kesesakan lalulintas atau memberi keselesaan dan kemudahan kepada pengguna tetapi projek itu dibina kerana ia termasuk dalam kontrak Gamuda-MMC untuk projek landasan berkembar sepanjang 329 km dari Ipoh ke Padang Besar. Oleh itu kerajaan tidak boleh membatalkan jejantas tersebut sewenangnya semata-mata kerana Dap menguasai parlimen Taiping.