Akhbar Utusan Malaysia hari di muka depan menyiarkan kenyataan Mufti Perak mengenai wujudnya usaha pihak tertentu Membuat Perlembagaan Baru bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang sedia ada.
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria mengesahkan tahu siapa dan parti politik mana yang terlibat dalam mewujudkan perlembagaan baru tetapi enggan mendedahkannya bagi mengelakkan berlakunya ‘peperangan besar’ di negara ini.
Pendedahan Tan Sri Harussani dalam satu majlis wacana memberi satu impak dan persoalan besar kepada negara dan juga serantau. Pihak Polis perlu mendapatkan maklumat daripada Tan Sri berhubung dengan perkara tersebut dan elakkan daripada menjadi buah mulut untuk mengelakkan perang besar.
Biarlah ia menjadi rahsia negara. Bagaimanapun pihak KDN perlu mengambil tindakan senyap yang sewajarnya terhadap mereka yang bertanggung jawab yang mendrafkan perlembagaan tersebut agar tidak menjadikan bumi bertuah ini medan pertumpahan darah seperti yang berlaku di zaman darurat 1948 atau pun peristiwa 13 Mei 1969 daripada berulang semula.