Selasa, 17 Ogos 2010

MCA PERLU DI BERI KURSUS BTN DI KEM BATU 4 KAMUNTING

Tidak cukup dengan mensabotaj BN dalam PRU 12 , Mca dan pengundi Cina dilihat terus menjadi duri yang menyucuk tapak kaki BN. Bisanya bukang kepalang sampai ke otak, bengkaknya boleh menyebabkan seluruh tubuh BN menjadi sengal, demam dan jika dibiarkan ia akan menjadi barah.

Sejak Mca di pimpin oleh Tan Sri Lee Kim Sai kuman barah mula membiak. Kini kepimpinan barunya menari dengan nada dan rentak yang sama demi membela kaum mereka.

Membela dan menjaga kebajikan kaum tidak salah tetapi hendaklah berhemah , jangan sampai memijak kaki kawan, jangan sampai menikam kawan, jangan sampai membunuh kawan yang pernah memberi nasi dan air, yang memberi gula dan garam, yang memberi hak dan pengorbanan.

Jangan bertanya Ketuanan Melayu tu apa? Jangan bertanya Hak-Hak Keistimewaan melayu tu apa? Jangan persoal Perlembagaan Persekutuan, Jangan pertikai kontrak sosial.

Itu sumpah dan janji datuk nenek kita. Jangan jadi anak derhaka, jangan jadi kacang lupa kulit, jangan jadi anjing yang menggigit tangan yang memberinya makan setiap hari.

Jangan! Jangan! Jangan!

Jangan jadi buta sejarah, jangan megah dengan kekayaan kita, jangan menjadi kaduk naik junjung dan yang akhir mungkin , jangan menjolok sarang tebuan.

Chua Soi Lek perlu berkursus dengan Biro Tata Negara di Kem Batu 4 Kamunting. Pepatah Melayu menyatakan Ikan buruk di kepala dahulu baru pergi ke ekor dan Chua perlu didahulukan.

Hari ini dalam blog Dr Khir Toyo juga mengupas isu yang sama.