Selepas kemengan Dap dalam PRU 12 dengan bantuan Pkr dan Pas, nampaknya Dap terus meletakkan diri mereka di tempat yang paling rendah dan hina setaraf dengan hinanya Pas dan Pkr. Jika dahulu Dap hanya memandang sebelah mata sahaja kepada Pas dan Pkr kini terpaksa berlakon untuk terus memenangi hati dua parti lagi.
Sudah dua kali umat Islam berpuasa selepas PRU 12, lakonan Dap terus menjadi-jadi. Jika dahulunya mendengar bunyi azan pun sudah cukup untuk menyakitkan hati mereka, kini setiap kali azan dilaungkan terutama waktu berbuka puasa, merekalah yang paling awal mengangkat tangan untuk mengaminkan doa. Sebelum 2008 tidak begitu.
jika puasa yang lalu Dap mengeluarkan belanja besar untuk mengadakan majlis berbuka tetapi kali ini lebih jauh lagi mereka masuk ke dalam. Rata-rata masjid atau surau yang jawantankuasanya adalah orang Pas selepas Pas berjaya merampas pentadbiran masjid, akan mengadakan 8 rakaat solat terawikh.
Biasanya mereka akan membuat tazkirah politik selepas 4 rakaat pertama, selesai tazkirah mereka akan sambung lagi 4 rakaat mencukupkan 8 rakaat. Jika dahulu tazkirah dilakukan oleh ustaz dan iman daripada orang kuat Pas, kini tanggungjawab tazkirah diserahkan pula kepada kapir.
Di bahagian Parlimen Bukit Gantang, beberapa wakil rakyat Dap telah berjaya menyusup masuk ke masjid-masjid dan surau untuk menyampaikan tazkirah dalam solat terawikh.
Kalau dalam kempen pilihanraya mereka hanya membaca beberapa potong ayat quran tetapi kini lebih sedikit dengan ceramah politik yang berselindung dengann nama tazkirah.
Inilah kejayaan besar kepada Dap dalam agenda "Middle Malaysia". Selepas ini Sivarasah atau Lim Guan Eng akan mengimamkan solat pula.