Ahad, 1 Ogos 2010

NIK AZIZ NI GILA KAH

Nik Abdul menyifatkan Anwar Ibrahim sebagai seorang yang memiliki ketegasan dalam mempertahankan prinsip perjuangannya


Mursyidul Am memberitahu, ketegasan yang sama pernah ditunjukkan oleh Nabi Muhammad semasa berhadapan dengan pelbagai fitnah pihak pembesar Quraisy.

“Kerana di atas ketegasan mempertahankan kebenaran perjuanganlah, maka Nabi sanggup berhijrah meninggalkan Kota Mekah menuju ke Madinah. Oleh sebab itu, Nabi tidak pernah bertolak ansur dengan pelbagai tawaran pihak pembesar Quraisy agar meninggalkan perjuangan.

“Maka, Anwar seorang yang mendukung prinsip ketegasan di atas kebenaran yang diperjuangkan selama ini,” kata beliau lagi.

Anwar antara lain menekankan dua perkara iaitu situasi serangan politik yang dialaminya sekarang sebagai satu proses “menimba pengalaman” dan “tidak mempunyai pilihan dan tahu risikonya”.


“Pemimpin PAS juga menolak kerjasama ini,” kata Anwar, juga Penasihat PKR, yang menjadi faktor penting membawa ketiga-tiga parti itu di bawah PR menambah, perpaduan itu adalah satu tuntutan dan kalau betul mana-mana pihak mahukan perpaduan ia mesti dimulakan dengan “premis yang betul”.


Dari segi Islam, ketegasan itu merupakan sifat istiqomah yang selayaknya ada pada setiap pemimpin yang memperjuangkan kebenaran, keadilan dan hak yang hakiki, kata pemimpin itu yang sudah memasuki dekad kedua menerajui kerajaan negeri Kelantan.

“Anwar Ibrahim memiliki sifat istiqomah itu. Kerana istiqomah bukanlah suatu nilai kedegilan, tetapi suatu kebenaran yang dituntut oleh agama,” katanya lagi.

Nik Aziz menambah, diharapkan berbekalkan prinsip mempertahankan kebenaran secara istiqomah sudah pasti akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Dalam peristiwa tersebut, Nabi Muhammad telah menceritakan kebenaran berdasarkan apa yang dialami baginda, kata Nik Aziz.

Namun, katanya, masih ada pihak Quraisy tidak menerima kebenaran yang diceritakan oleh Nabi sendiri.

“Sebaliknya pula, pelbagai tuduhan buruk dilemparkan terhadap Nabi,” kata beliau sambil menambah, “percayalah, apa halangan dan ujian yang mendatang pastinya akan mengukuhkan lagi sifat istiqomah dalam mempertahankan kebenaran.”

“Kerana setiap pemimpin Islam hendaklah istiqomah di atas jalan agamanya yang mewajibkan umatnya mempertahan lima perkara wajib iaitu akidahnya, nyawanya, keturunannya, maruahnya dan hartanya.

“Sesungguhnya, Anwar seorang yang memiliki sifat istiqomah dalam mempertahankan maruahnya demi kebenaran,” kata Nik Aziz lagi.-

(klik pada tajuk untuk masuk ke blog asal)