Ceramah Mat Sabu di Kamunting, taiping
Wednesday, 28 July 2010 12:04 Firdaus
27 Julai (Ahad). Bertempat di Padang Taman Rakyat Kamunting, malam ini telah diadakan ceramah Perdana isu semasa yang disampaikan oleh Dato' Nge Ko Ham dan AJK PAS Pusat Y. Berbahagia Mohammad Sabu (Mat Sabu). Ceramah yang jayakan bersama PAS Cawangan tersebut mendapat kunjungan pendengar daripada masyarakat setempat begitu ramai. Dalam ucapan yang begitu penuh semangat, Y. berhagia Mat Sabu telah menyentuh beberapa perkara dan isu negera. Antara isu ekonomi yang disentuh ialah penurunan pleaburan di Malaysia daripada 18 bilion kepada hanya 4 bilion sahaja tahun ini.
Ini menunjukkan ketidak keyakinan pelabur asing terhadap sistem kehakiman di Malaysia. Kenyataan ini disokong apabila perbelanjaan Malaysia kini difesit setiap tahun. Bahkan seorang Timbalan Menteri iaitu Idris Jala sendiri menyatakan Malaysia akan bankrap 9 tahun lagi. Oleh yang demikinan satu persolan akan timbul adakah wawasan 2020 akan mencapai kejayaan yang hanya tingga 10 tahun sahaja lagi.
Akibat dari itu maka rakyat didahulukan apabila harga barang keprluan di naikkan kononnya penyelarasan subsidi semula. "Inilah dia, 'rakyat didahulukan' untuk membayar kos hutang negara" berkata Mat Sabu. Kini purata penduduk Malaysia berhutang sebanyak RM 15,000.00 seorang termasuk bayi yang baru dilahirkan. Kesan dari kenaikan harga minyak, sebuah syarikat bas telah memberi kenyataan tidak akan beropersi lebih ketika sambutan Aidilfitri nanti kerana kos telah meningkat dan mereka akan mengalami kerugian sebanyak 6 juta sekiranya beroperasi. "siapakah yang menanggung beban ini melainkan rakyat.
Dalam meraih simpati dan sokongan rakyat maka umno/Bn memainkan isu agama dan perkauman. Antara isu yang dimainkan ialah isu Azan, kepala lembu, kalimah Allah dan lahirkan perkasa. Ini semua adalah agenda umno dan bn demi meraih kemenangan. Namun rakyat kini telah sedar dan mengetahui permainan kotor mereka. Sebelum itu Dato' Nge Ko Ham menyatakan perak merupakan negeri yang terbaik pengurusan semasa pemerintahan Pakatan Rakyat 10 bulan. Ini diakui sendiri oleh Audit Negara yang mana memberi 90% lebih markah kepada kerajaan negeri ketika itu.
g