Isnin, 2 Ogos 2010

PECAT MEMECAT DALAM DAP

SHAH ALAM, DAP memecat Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) Tee Boon Hock berkuatkuasa serta merta dipercayai berhubung isu salah guna kuasa membabitkan surat sokongan untuk mendapatkan kontrak MPK.

Pengerusi DAP Selangor Ean Yong Hian Wah ketika dihubungi mengesahkan perkara itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Selasa lepas, akhbar melaporkan seorang ahli majlis perbandaran didakwa menggunakan kepala surat dan cop rasmi Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Kajian Selangor Ronnie Liu bagi mengeluarkan surat sokongan untuk kroni dan anggota keluarganya untuk mendapatkan kontrak MPK.