Semalam seorang pemuda Umno Taiping telah melahir rasa kurang senang dengan sikap Anwar Ibrahim yang semakin kurang ajar dan biadap dalam menghina dan mengaibkan pemimpin Umno terutam Perdana Menteri DS Najib dan lain-lain menteri kabinet.
Selain dari Anwar, pemimpin Dap juga dilihat semakin naik lemak dengan kemenangan mereka menguasai Pulau Pinang. Nik Ali dicerca dan dihina sesuka hati oleh Lim Guang Eng yang membangsat dari Melaka.
Melayu yang menyayangi tanah air ini harus bangkit untuk menyuarakan rasa marah kita terhadap petualang-petualang dan pengkhianat bangsa dan negara. Hari ini pembangkang galak mengadakan pelbagai demontrasi untuk menjatuhkan kerajaan. Anwar hari-hari mengadakan ceramah politik sambil berdemontrasi menentang dasar-dasar kerajaan.
Apa kata kita pula membuat demontrasi menentang dasar-dasar zionis yang dibawa oleh mereka, khususnya Dap dan Pkr yang semakin menjadi-jadi. Pas yang selama ini mendokong dasar Islam juga hanyut dengan irama dan alunan lagu yang dimainkan oleh Anwar dan Lim Guang Eng.
Beliau juga menyarankan agar TM mengajak pemuda-pemuda Melayu yang sayangkan tanah air kita untuk bangun menentang mimpi tahyul Anwar. Kita buat seperti yang beliau pernah buat pada awal tahun 70an dan selepas dipecat pada tahun 98an.
Tm tertarik dengan kenyataan pemuda ini. akan tetapi TM memaklumkan jika TM menyeru kepada pemuda agar bangkit menentang Anwar dengan membuat demontrasi besar-besaran kesannya ialah TM sendiri yang mungkin akan dituduh untuk mencetuskan kekacauan dan huru hara.
Agenda seperti ini sebenarnya terpikul di bahu Pemuda Umno sendiri seperti mana yang pernah dibuat oleh Anwar, Najib , Dato Harun dahulu.
Tup-tup, Pemuda Umno hendak buat demo....Ingatkan untuk menentang penyangak dan pengkhianat negara, rupa-rupanya nak demo bantah SPRM.....buang masa dan buang karan saja... berita di petik dari musuh nombor satu Ketua Pemuda Umno menulis;
TM menyeru kepada Pemuda Umno , buat lah perkara-perkara yang munasabah dengan line pemuda, pemuda jangan terlalu gentelman, jangan terlalu lembut, pemuda kena berani, kena garang, Pemuda hari ini dilihat terlalu takut. Sanggup melihat Najib dihina dan dicaci oleh Pengkhianat Negara dan Pengkhianat Bangsa.
Aku boleh gerenti mesti ramai yang tak tahu pasal berita ni kan? Kenapa tetiba Pemuda UMNO nak buat Demo supaya SPRM jangan siasat mereka wei? Ish! Takut kehilangan ketua dan balaci-balaci dia ke? He he he, Ish apa nak takut kalau tak bersalah beb? Biarlah SPRM kalau nak siasat siapa pun! Biarlah SPRM buat kerja mereka! Kenapa nak halang ni? Kenapa nak buat demo ni? Lain macam je ni kan? Aku rasa SPRM memang kena check semua Pemuda UMNO yang menyertai demo ini, mesti aa something wrong ni! Tu KPUM si Kitol tu bila nak ambil tindakan terhadap dia ek? Dengar cerita ada beratus repot polis terhadap dia dulu! Apa dah jadi? Kami rakyat marhaen nak tahu apakah tindakan SPRM terhadap si KItol dan konco-konconya yang telah mengamalkan rasuah!? Inilah masanya SPRM bersihkan nama mereka!