Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan membentangkan pelan alternatif Kampung Baru di Dewan Kelab Sultan Sulaiman, esok (8 Ogos).Majlis anjuran bersama Pejabat Menteri Besar Selangor, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) Titiwangsa itu bermula jam 2.00 hingga 5.00 petang.Tujuan utama majlis itu adalah untuk memberi peluang kepada penduduk atau pewaris tanah yang terlibat mendengar sendiri pembentangan pelan alternatif daripada khalid.
Khalid akan menjelaskan tawaran yang dibuat oleh kerajaan negeri dan PKNS berhubung pembangunan di Kampung Baru.
Mereka yang terbabit dapat membuat perbandingan tawaran tersebut dengan apa yang dijanjikan oleh kerajaan Pusat berhubung pelan pembangunan Kampung Baru.
Justeru, pihak penganjur mengalu-alukan para penduduk dan pewaris yang terlibat untuk hadir ke majlis itu bagi mendengar sendiri penjelasan daripada Menteri Besar Selangor.
Walaupun pemilik tanah atau pewaris terlibat yang menjadi fokus pihak penganjur, namun majlis itu juga terbuka kepada umum bagi mendapat penjelasan lanjut tawaran Kerajaan Negeri Selangor mengenai pelan alternatif pembangunan Kampung Baru yang kian diperkatakan sejak kebelakangan ini.
Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali juga akan hadir pada majlis tersebut.
Untuk pertanyaan lanjut berhubung majlis itu, boleh menghubungi Mohd Yusuf Yahya di talian 0133915656 atau 0326980025 (PKWR Titiwangsa).