Ahad, 8 Ogos 2010

SEMPENA HARI PAHLAWAN DAN HARI KEBANGSAAN Rela mati sebagai pejuang: Peluru tembusi jantung, perut Berita Minggu 27/8/06

SETIAP kali sambutan Hari Kebangsaan, hati bekas Sarjan (B) Kanang anak Langkau, 61, pasti sayu kerana hari istimewa itu mengingatkan beliau kepada beberapa rentetan kenangan silam.

Sebagai perajurit yang pernah terburai perut kerana mempertahan maruah negara daripada ancaman anasir komunis, Kanang hampir dapat merasakan semula semua kesakitan dan keperitan yang pernah dialaminya lebih 20 tahun lalu.

"Tak mengapa, itu sudah kerja saya menjejak dan menghapuskan anasir Dalam kejadian kedua itu, Kanang cedera parah apabila sebutir peluru tembakan pengganas komunis mengenai belakang, terus menembusi jantungnya.

Kanang menerima anugerah Seri Panglima pada 1981, berikutan kejayaan. Beliau menyertai Rejimen Renjer Diraja dari 1962 hingga 1986 dan sejak 24 tahun itu, pengalaman diserang pengganas komunis di Perak pada 1979 dan 1980 sering bermain di fikirannya.

Katanya, dalam kejadian pada 1979 di Hutan Simpan Korbu, Lasah, Perak, kumpulan yang dianggotai Kanang berjaya membunuh tiga pengganas komunis dan merampas senjata mereka. Dalam pertempuran sengit itu, dua rakannya terkorban manakala tiga yang lain cedera.

Dalam operasi Gerak Setia itu, kecemerlangan Kanang membolehkannya dianugerahkan pingat Panglima Gagah Berani (PGB). menjejak kumpulan pengganas dalam Operasi Pukat di Hutan Tanah Hitam, Chemor, Perak.

Dalam pertempuran dengan pengganas itu, dua tentera  termasuk Kanang cedera. Peristiwa itu terus menjadi kenangan beliau sehingga kini

"Apa tidaknya, parut lama akibat kejadian itu masih berbekas di belakang, dada dan perut saya, malah bisanya masih terasa sehingga hari ini," katanya yang kini menetap di Sri Aman. sehingga bahagian kiri dadanya .

Beberapa saat kemudian, dua lagi butir peluru masing-masing menembusi bahagian kanan dan kiri perut beliau. Kesannya, beliau cedera pada belakang, jantung, dada, buah pinggang kiri dan saluran kencing.

Pantang ajal sebelum maut, Kanang tetap sihat sehingga hari ini kecuali beberapa kesan parut lama pada badannya yang kelihatan. yang cuba menimbulkan kekacauan di negara kita," katanya.

Mengenai penyertaan Sarawak dalam pembentukan Malaysia dengan Sabah dan Tanah Melayu pada 1963, beliau berkata, ia percaturan politik yang terbaik untuk masa depan rakyat negeri ini oleh Kerajaan Sarawak pada masa itu.

Pegawai Waran I (B) Kanang anak Langkau Tempat kejadian: Hutan Simpan Korbu, Lasah Perak - 1979 - Hutan Tanah Hitam, Chemor, Perak - 1980 Penerima anugerah tertinggi negara pingat Seri Pahlawan (1981) dan Panglima Gagah Berani (1980)

KONVOI MENJEJAKI LOKASI  PEJUANG NEGARA MENENTANG KOMUNIS DI LASAH SG SIPUT PERAK OLEH TORC

Mengenang kembali peristiwa tersebut Kelab Pacuan 4 Roda Taiping (TORC) dan motosikal "Off Road" telah mengambil satu inisiatif untuk membawa ahli kelab nya untuk menjejak kembali kawasan pertempuran tersebut. 

Pengembaraan telah dilepaskan oleh YB Dato Mohammad Zahir Dato Khalid Exco Kerajaan Perak merangkap Adun Kamunting pada jam 9.00 pagi 6 Ogos 2010 di perkarangan Pusat Khidmat DUN Kamunting di Jalan Stesen , Kamunting.

Konvoi 3 hari 2 malam ini akan berakhir pada Ahad 8 Ogos 2010. Untuk maklumat TORC klik di sini.