Selasa, 31 Ogos 2010

PROGRAM AMBANG MERDEKA OLEH RUKUN TETANGGA KAMPUNG EXPO KAMUNTING

KAMUNTING, 30 Ogos 2010, 11.00 malam - Bertempat di Sekolah Agama Rakyat Kampung Expo Rukun Tetangga Kampung Expo Kamunting telah mengadakan program Ihya Ramadhan dan juga Sambutan Ambang Merdeka pada tepat jam 12.00 malam.

Majlis di mulakan dengan berbuka puasa, solat terawih dan jamuan more. Pada jam 10.30 malam 32 peserta dari 3 skuad Skim Rondaan Sukarela pelbagai kaum dan penduduk-penduduk setempat berkumpul untuk sama-sama menyambut detik 12.00 malam Kemerdekaan kali ke 53.

Tepat jam 12.00 malam loceng sekolah dibunyikan, 3 das tembakan dilepaskan. Lagu NegaraKu dinyanyikan dan bendera Malaysia dinaikkan dengan pancaran lampu sorot.

Seteruskan Ketua Skuad Tuan Haji Ibrahim dan semua yang hadir melaungkan kata keramat MERDEKA sebanyak 3 kali.

Lagu 'Jalur Gemilang' dan '1 Malaysia'  terus memeriahkan suasana dalam hujan renyai-renyai pada malam merdeka.

Seterusnya 32 ahli SRS bersiap sedia dan menerima taklimat daripada Komander En Muhsinon Saari. SRS untuk Rukun Tetangga Kampung Expo disertai oleh pelbagai kaum dan pelbagai latarbelakang. Semuanya bersatu dibawah semangat 1 Malaysia.

SRS ini berada dibawah kawalan Jabatan Perpaduan Negara dan dibawah nasihat PDRM. Semua peserta dibekalkan delam vest pantulan cahaya, baju kalis hujan,  lampu suluh LED, beacon light, baton dan cota. Kawalan berakhir pada jam 4.30 pagi di Pejabat Perpaduan Kampung Expo Kamunting.

Turut hadir dalam majlis sambutan Ambang Merdeka ialah Ketua Polis Balai Kamunting C/INSP Rosli Hamid,  Pegawai Jabatan Perpaduan Daerah LMSK Tuan Hj Radzi dan juga Puan Sharipah Noorhaniza bt Syed Abdul Aziz yang mewakili YB Dato Muhammad Zahir Dato Khalid .