Manolito |
TAIPING, 17 Sept 09: Bukan sesuatu yang pelik dalam Pakatan Rakyat jika pemimpin bukan Islam boleh bersama dalam majlis orang Islam. Iklan
Di saat pihak sebelah lagi tidak berhenti henti mengatur strategi memecah belahkan keutuhan pakatan, namun serangan demi serang itu nampaknya masih jauh dari mengena.
Hasrat mereka melihat DAP dan PAS bertembung dan berpecah juga, nyata tidak kesampaian dengan beberapa perkembanagn mutakhir ini.
Pakatan menggunakan keberkatan di bulan Ramadhan ini bagi mengeratkan silaturahim antara mereka. Segala majlis yang ada, dihadiri dan dirai secara bersama.
Contohnya di Perak, beberapa pemimpin DAP, termasuk Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming menjadikan majlis berbuka puasa bersama orang Islam antara rutin hariannya. Semalam mereka meraikan majlis berbuka puasa bersama penduduk Kampung Expo, di Kamunting.
Tturut serta pada majlis itu ADUN Pokok Asam, Yee Sue Kai, ADUN Aulong, Yew Tian Hoe, beberapa orang dari wakil wanita DAP dan kelab penyokong PAS Taiping dibawah pimpinan pengerusinya Nali Raja.
Kehadiran dikatakan luar biasa diterima lebih 500 orang dari pelbagai kaum menyertai majlis tersebut,
Program bermula jam 6.30 petang bermula dengan ucapan aluan oleh Ketua PAS Cawangan Ustaz Manolito Khadi Daerah Kerian dan kemudian disusuli dengan ucapan Yang Dipertua PAS Kawasan Ustaz Fakharuddin Abd Aziz.
Dalam ucapannya beliau menegaskan telah berlaku satu sejarah di Taiping ini di mana majlis berbuka orang Islam diraikan oleh orang bukan Islam. Katanya, ia sebagai petunjuk bahawa perpaduan cukup erat telah dibina sejak Pakatan Rakyat memerintah Perak.
Nga Kor Meng dalam ucapannya pula berkata, beliau berasa cukup bertuah dan berterima kasih kepada PAS kerana memberi kerjasama yang baik menjemput beliau dan rombongan menghadiri majlis berbuka puasa ini.
Katanya Ini menunjukan persefahaman antara Islam dan bukan Islam tercapai seperti pemerintahan di zaman kegemilangan Islam dahulu lagi.
Pakatan Rakyat Perak katanya sudah lama mengamalkan sikap toleransi dan kerjasama antara satu sama lain tidak mengira perbezaan bangsa dan agama.
Ianya sanagat berbeza dengan amalan politik BN di mana UMNO, MCA, MIC masing-masing bercakaran antara satu sama lain membela kaum yang diwakili masing masing.
Beliau juga turut mengumumkan akan menganjurkan majlis khatan beramai-ramai untuk kanak-kanak Islam bagi musim cuti sekolah yang akan datang.
Berbesar hati dengan kehadiran beliau, PAS Kamunting telah menghadiahkan beliau sebuah terjemahan tafsir Al-quran.
Nga Kor Meng pernah mencetus kontroversi dengan tindakannya pelat menyebut surah ayat al-Quran yang dibacanya pada ceramah sempenan Pilihanraya Kecil Bukit Gantang April lalu.
Namun kesalahan tersebut dianggap kecil dan ianya satu perkembangan positif kepada umat Islam, apabila orang bukan Islam cuba mempelajari Al-quran._mna
Rasuah |
Rasuah |
Kuliah Subuh Menteri Besar Perak di Rapat Jaya Tambahan
Subuh tadi , Masjid Nazrin Shah Kampung Rapat Jaya Tambahan Ipoh telah menerima kehadiran seorang tetamu istimewa buat pertama kalinya.
Ahli jemaah pun agak luar biasa jumlahnya kali ini yang kebiasaanya hanya dibarisi dengan satu saf sahaja.Tetapi kali ini ianya mempunyai tujuh saf yang penuh.
Bukan sekadar jumlahnya sahaja yang luar biasa , tetapi kali ini jemaahnya turut dipenuhi oleh generasi muda.Biasanya masjid yang dibina dengan harga hampir RM3.5 Juta pada tahun 1994 itu menerima kehadiran orang - orang pencen dan warga emas yang kelihatan telah sangat uzur.
Keadaan luar biasa tersebut adalah kerana hadirnya YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaludin ke situ.
Seorang kenalan lama sewaktu sama-sama mengajar di SM Gunung Rapat dulu bertanya kepada saya, "Ada qiamulail ke di sini malam tadi?"
Kawan saya itu yang telah lama menetap di kampung tersebut nampak turut terpegun diatas kehadiran muka-muka baru yang pastinya bukan dari perkampungan tersebut dan tidak pernah ditemui hadir di masjid itu sebelum ini.
"Tak ada," jawab saya. "Kami datang ni kerana nak mendengar kuliah subuh Menteri Besar,"saya menjelaskan kepadanya.
Dia merenung saya dengan pandangan antara percaya dan tidak.Mungkin dia berasa pelik yang amat sangat melihatkan orang-orang PAS di persekitaran penempatan yang berhampiran ini, hanya kerana nak mendengar kuliah subuh dari MB , begini ramai yang sanggup datang ke kampungnya disubuh-subuh buta sebegini.
Selesai solat Subuh, Nizar pun memulakan kuliahnya sambil berdiri disebelah mimbar masjid.Beliau menyentuh tentang persoalan ibadah puasa dengan memetik ayat al-Baqarah yang mafhumnya:
' Wahai orang-orang beriman , diperintahkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diperintahkan keatas mereka sebelum kamu , mudah-mudahan kamu memperoleh ketaqwaan'
"Hanya dengan satu potong ayat tersebut, manusia yang beriman diseluruh dunia sanggup mematuhi perintah Allah untuk berpuasa dan berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk melakukan solat sunat Terawih berjemaah,"kata Nizar.
"Tetapi , mengapa dalam persolan menunaikan solat waktu yang wajib , ramai manusia yang mengabaikannya walaupun terdapat lebih 40 ayat yang menyentuh tentang perintah ibadah tersebut," tanya Nizar.
Nizar juga turut menimbulkan persoalan solat lima waktu berjemaah yang dianggap tidak penting oleh masyarakat berbanding solat terawih berjemaah yang hanya sunat sahaja kedudukannya," tanya Nizar kepada para hadirin.
Nizar mengajak masyarakat supaya terus istiqamah dalam menunaikan ibadah dan tanggung jawab yang lain.
Beliau juga mengajak orang ramai supaya melakukan puasa sunat 6 hari bermula pada hari kedua Syawal.
Kawan saya tadi datang menemui saya dan dengan gembiranya dia berbisik kepada saya,
"Patutlah korang semua sanggup mengekor kemana MB pergi , rupanya seronok mendengar kuliah beliau ; tidak mengantuk seperti mana biasa tu..."
Dalam hati saya berkata , "Baru kau tahu!"