Ahad, 22 Ogos 2010

"Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"

Perkara ini TM sudah lama tahu,  beberapa minggu lalu diulang lagi daripada cakap-cakap yang keluar dari mulut orang Pas. Ini lah misi mereka untuk mengislamkan LGE.

Kenyataan khatib Zakaria Ahmad memang benar. Pas menyayangi Lim Guan Eng dengan sepenuh jiwa dan harapan mereka ialah agar LGE memeluk Islam. Ini dah lama TM dengar dari rakan-rakan Pas.



LGE ditatang bagai minyak yang penuh. LGE disamakan seperti Nik Aziz oleh Mat Sabu. Mat Sabu memuji LGE sampai meleleh air liur kononnya LGE zuhud, merendah diri, bersifat sederhana. Mat Sabu juga memuji sikap LGE yang naik kapalterbang kelas ekonomi dan tidur di hotel pada bilik yang harga paling rendah.

LGE seronok digelar Kalifah Umar Abdul Aziz kerana berjaya memikat hati Pas. LGE bergembira kerana berjaya memperbabikan Pas.

Harapan Pas agar LGE masuk Islam.  Kita tunggu dan lihat. apa akan terjadi. Siapa yang akan mati meragan,  LGE atau Mat Sabu dan Nik Aziz?



TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.