Apabila Barrack Obama menang dengan bergaya dalam pemilihan Presiden Amerika dengan bantuan Facebook, twitter dan sebagainya, kita pun sibuk daftar dan buka akaun dengan FB.
Begitu juga dengan bapa-bapa menteri-menteri dan wakil rakyat, semuanya pakat-pakat buka akaun. tetapi sayangnya ia hanya hangat-hangat tahi ayam. Kini semuanya kembali seperti biasa.
business as usual back to old skool.
Kini ramai yang bertukar kepada twitter pula, nanti bila ada yang baru twitter pula di tinggalkan. Manakala pihak pembangkang terus bermaharaja lela dalam blog, dalam facebook dalam twitter, dalam my space dan entah apa-apa lagi.
Nampaknya dunia ICT yang dibangunkan oleh Tun Mahathir tidak disambut baik oleh Umno dan Komponen sendiri. Tak percaya cubalah cari blog-blog kepunyaan ahli Mca, Gerakan, PPP dan sebagainya di Sabah dan Sarawak. cuba buat perkiraannya.
Sedangkan pihak Pas dan Dap cukup banyak. Pkr hanya beberapa individu sahaja yang aktif, lain tidur , mungkin kerana kepercayaan mereka kepada boss mereka makin terhakis. Akan tetapi ia tidak kepada Pas.
Rata-rata blog Pas mendapat sambutan yang cukup tingggi. Ambil contoh- Youtube yang dibuat oleh Pas , setelah di muat naik ke laman Youtube penonton mencecah ribuan dalam tempoh seminggu, berbanding dengan yang dibuat oleh Umno. dua bulan pun tak cecah seribu.
Bukan apa alasannya. Orang Umno ramai yang terkebelakang dan ketinggalan dalam ICT. Bulan lepas Kerajaan menawarkan pakej istimewa notebook( kumputer riba) dan akuan kepada satu juta lebih. berapa ramai JKKK atau orang Umno yang menyambut cabarannya.?