August 21, 2010, Saturday
SIBU: Majoriti masyarakat Cina tidak bersetuju dengan cadangan pertukaran nama bandar Sibu berdasarkan keputusan terbaru jumlah undi dalam laman sesawang Gabungan Persatuan Cina (UCA) Sibu.Keputusan terbaru setakat pagi semalam, seramai 583 orang atau 87.5 peratus menganggap cadangan itu sebagai hanya membuang masa, sementara 9.1 peratus bersetuju cadangan itu boleh dibincangkan dan 3.4 peratus tiada memberikan komen ataupun ulasan lanjut mengenai isu terbabit.

“Lebih banyak lagi kerja-kerja yang berfaedah untuk difikirkan oleh UCA Sibu daripada mengadakan pertandingan menukar nama Sibu,” komennya yang dipetik melalui laman sesawang UCA Sibu, semalam.
Jelasnya, penggunaan nama ‘Shi Wu’ tiada masalah sebenarnya, malah ia tiada kaitan dengan gangguan pembangunan di bandar ini.
“Sibu adalah sebuah bandar yang semakin pesat membangun dari tahun ke tahun. Jadi, apa pula masalah dengan perkataan ‘Wu’..?
“Jika Sibu menghadapi masalah pembangunan, kenapa tidak dari dahulu menukar namanya dan kenapa sekarang baru terfikir mahu menukarnya. Masyarakat di Sibu lebih tahu apa pembangunan yang telah dilaksanakan di sini,” jelasnya.


“Mereka tidak sewajarnya membuat kerja seperti ini yang boleh merosakkan perhubungan antara kaum di Sibu.
