Khamis, 5 Ogos 2010

SEKOLAH KHAS PELAJAR MENGANDUNG DI MELAKA

Kerajaan Melaka telah mencadangkan sebuah sekolah khas untuk menempatkan pelajar-pelajar hamil. Ia mendapat reaksi negatif dan positif daripada pelbagai pihak.

Bagaimanapun TM amat bersetuju supaya sekolah ini diteruskan perancangannya.  Ini kerana Melaka amat berpengalaman dengan Sekolah Khas untuk pelajar-pelajar lelaki yang nakal dengan Sekolah Henry Gurney.

Penubuhan Sekolah Khas Pelajar Hamil juga harus mengikut tatacara pelajar sekolah Henry Gurney. Sistem kawalan, guru-guru dan semua peraturan hendaklah mencontohi sekolah lelaki itu.

Pelajar yang dikesan dari seluruh negara hendaklah di tempat di sekolah ini sehingga mereka berusia 21 tahun. Ini kerana dikhuatiri mereka akan hamil buat kali ke 2 atau ke 3 jika di bebaskan sebelum usia 21 tahun.  Baru-baru ini akhbar media arus perdana telah menyiarkan seorang ramaja perempuan berusia 17 tahun yang ditangkap khalwat dan mengandung untuk kali ketiga.

Hari ini pelajar hamil ditempatkan di pusat-pusat pemulihan akhlak seperti yang terdapat di Batu Gajah.  Tindakan dan cadangan Kerajaan Melaka amat baik dan elok diteruskan.

Kes remaja atau pelajar hamil bukan sahaja kerana mereka berkelakuan liar, tetapi termasuk juga kes rogol, kes perkosaan atau rogol oleh keluarga sendiri seperti abang, ayah , ayah tiri dan pakcik (sumbang mahram)

Pelajar yang hamil luar nikah biasanya megalami tekanan perasaan seperti kemurungan dan sebagainya.  Kebanyakan anak yang dilahirkan juga mengalami simtem kecacatan seperti  terencat akat, austisme, ADHD, kecacatan anggota  dan lain-lain.

Kerisauan Mufti Johor Dato Noh Gadut supaya memikir semula pembinaan sekolah tersebut dikaji secara terperinci kerana pelajar akan rasa tertekan atau dicemuh oleh masyarakat. Bagi TM mereka akan lebih dicemuh kita kita mengambil sebarang tindakan terhadap mereka.

Oleh itu cukup elok jika mereka diasingkan daripada keluarga dan masyarakat .