Cadangan Raja Ahmad adalah merujuk kepada Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang enggan melepaskan jawatan peringkat negeri kononnya, jika semua pemimpin melepaskan jawatan, mereka tidak tahu permasalahan negeri.
“Jika lepas jawatan, kami tidak tahu permasalahan negeri dan apa lagi yang mahu dibahas dalam kongres,” kata Annuar Musa.
Raja Ahmad Zainuddin membuat usul kerana berpendapat dengan cara itu mereka dapat memberikan lebih masa dan komitmen memajukan sukan tersebut.
Raja Ahmad Zainuddin berkata, hampir semua yang terpilih menyandang jawatan di peringkat negeri dan tidak mahu jawatan tersebut mempengaruhi keputusan dibuat di peringkat nasional.
TM menyokong usul Raja Ahmad bukan kerana beliau orang Perak dan sahabat tetapi atas kepentingan dan kemajuan bola sepak negara. Anuar Musa perlu mencontohi Raja Ahmad yang melepaskan semua jawatan peringkat negeri sewaktu menjadi Naib Presiden FAM.
Raja Ahmad dilihat paling sesuai untuk menerajui semula Persatuan Bola Sepak Perak yang telah merudum selepas di pimpin oleh YB Dato Seri Nizar Jamaluddin.
Dato Sri Abdullah Hishan Mohd Hashim juga perlu melepaskan jawatan peringkat negeri dalam kongres tak lama lagi. Buat masa ini Abdullah Hishan memangku jawatan Presiden yang ditinggalkan oleh Nizar Jamaluddin.