Khamis, 5 Ogos 2010

SIGNAL MAN YANG TERLEWAT HANTAR SIGNAL

YB Dato Mahfuz Omar melahirkan rasa kecewa yang amat sangat dengan pembatalan temu janji dengan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha untuk membincangkan isu saman ekor pagi ini,

“Saya kecewa kerana gagal untuk mengadakan pertemuan dengan menteri bagi membincangkan perkara ini" kata Mahfuz

Mahfuz seperti biasalah menangguk di air keruh dengan isu saman ekor. Isu saman ekor bukanlah agenda Pas, tetapi agenda Umno sendiri terutama Pemuda Umno.


Pemuda Umno kebanyakan mempunyai kereta sport yang canggih dan brutel, mereka selalu memecut di lebuh raya dengan kelajuan melebihi 200km/j dan mempunyai saman ekor yang nilai-nilainya beribu ringgit. Boleh buat bayaran muka untuk beli Honda City model baru.



Isu yang cuba dibawa oleh Mahfuz ternyata sudah terlewat. Pas teringat nak jadi hero dalam membela rakyat. Sebagai contoh isu PPSMI. Kementerian Pelajaran sudah mempunyai petunjuk mengenai pencapai pelajar-pelajar dalam  UPSR dan bercadang untuk menghapuskannya tetapi bila berita sampai ke telinga Pas, merekalah yang melompat lebih tinggi.

Dalam isu saman ekor mungkin juga Dato Mahfuz mempunyai puluhan ribu ringgit nilai saman, jadi dia ingin berjumpa menteri tersebut untuk minta diskaun.