Klik untuk besarkan gambar |
Sekarang musim panas dan musim perayaan, pelbagai andaian boleh dibuat . Adakah disebabkan bunga api atau mercun tembak atau litar pintas. Harap bahagian penyiasat bomba dapat mencari punca kejadian tersebut.
Apakah dengan kebakaran ini akan menyebabkan sekolah ini terpaksa menjadi sekolah dua sesi. Memandang kepada usia bangunan yang sudah lama ,eloklah jika Kementerian Pelajaran dapat membina komplek baru dan runtuhkan bangunan yang terbakar tersebut.
Kos untuk membina bangunan baru mungkin dalam RM 2 juta lebih. Jelai merupakan kubu kuat Barisan Nasional. Peti undi Jelai sentiasa dimenangi oleh BN. Cuma sekali saja PKR memenangi peti undi sewaktu Dr Muhammad Nur Manuty bertanding kerusi Parlimen.