Semua maklumat dalam gajet tersebut dan data-data penghantaran seperti gambar, sms dan e-mel yang dihantar menerusi telefon BlackBerry hari ini disimpan dalam server ibu pejabat syarikat pengeluar telefon pintar itu, Research in Motion (RIM), di Kanada, Data dan semua maklumat akan disimpan selama 7 tahun.
BlackBerry adalah milik Vodafone dan vodafone milik kumpulan 666. Ini termasuklah facebook, Gmail, modem broadband yang digunakan oleh Celcom Malaysia dan lain-lain. Menyekat penggunaan Blackberry sahaj masih tidak cukup. Jika SKMM ingin menghalang penggunaan nya makan SKMM perlu melihat media-media lain, terlalu banyak milik mereka yang kita gunakan.
TM tidak menyokong negara menyekat BB sebaliknya pengguna hendaklah bijak menggunakannya. Tambahan info, berhati-hati lah apabila menggunakan kad kredit, kerana ada pihak yang sentiasa mengikut jejak anda berbelanja. ia direkod dan disimpan oleh mereka. Semua gajet ini amat bahaya kepada pemimpin-pemimpin.
Tun Mahathir telah lama mengharapkan agar negara kita membangunkan sistem kita sendiri, bagaimanapun menurut Azli Paat pelopor perkhimatan IT/SMS telah melahirkan kekesalannya kerana masalah birokrasi menghalang penciptaan program-program baru. Kata Azli kita juga boleh membangunkan program kita sendiri tetapi dihalang akhirnya kita juga membeli produk orang yang sudah menjadi tukun seperti perkhidmatan Friendster. TM memuji langkah seorang rakan yang membangunkan program Remaja Kedah, sama seperti FB.