Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) mulai semalam diterajui muka baru, Akhramsyah Sanusi selepas 11 tahun dipimpin Tan Sri Syed Hamid Albar, sekali gus menyegarkan kembali pertubuhan berusia 54 tahun itu yang selama ini bergolak.
Akhramsyah, 36, anak pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid, dipilih sebulat suara pada mesyuarat agung tahunan (AGM) MAYC bagi tempoh 2010/2012.Pertubuhan itu dianggotai 311 kelab gabungan dipimpin Syed Hamid yang juga bekas Menteri Dalam Negeri, sejak 1999 selepas mengambil alih daripada Sanusi yang menerajuinya selama 28 tahun.
AGM yang diadakan di sini semalam adalah yang pertama dalam tempoh lima tahun.AGM itu sepatutnya diadakan pada 2006 tetapi ditangguhkan sehingga 2007 tetapi masih gagal diadakan berikutan masalah dalaman.
Kepemimpinan MAYC yang dipilih adalah muka baru termasuk timbalan presiden, Abdul Karim Mohamad manakala Setiausaha Agung, Ahmad Ansor Mohd Rivai Batubara.
Ketika ditemui selepas AGM itu, Akhramsyah yang juga pengurus operasi peruncitan sebuah syarikat minyak antarabangsa, berkata matlamat utama kepemimpinannya ialah menyelamatkan MAYC daripada dibubarkan berikutan krisis kepemimpinan pertubuhan itu.
Akhramsyah adalah seorang pemuda yang mempunyai daya fikir yang tinggi, kreatif dan kritis , dalam setiap perjumpaan dan majlis-majlis beliau banyak melahirkan idea-idea baru yang cukup bernas, kadang kalau pendengar terpaksa menganalisa semula idea yang dilontarkan kepada khalayak.
Akhram juga menjadi elemen penting dalam kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang, dimana beliau berjaya mendekati pengundi-pengundi muda untuk mengundi calon BN dalam PRK tersebut.
Kepada pengunjung Bangi Kopiatam di Port Dickson pada musim PRK mungkin tidak melupakan wajah beliau, hampir setiap malam ada saja pengundi pemuda yang dibawa untuk minum-minum di sana. TAHNIAH AKHRAM