Isnin, 23 Ogos 2010

TERIMA KASIH ZAHID MD ARIP, PEMUDA UMNO TIDUR LAGI NAMPAKNYA



Saya, Muhammad Zahid Md Arip, No K/P : 66****-**-5**5, warganegara Malaysia yang berlamat di No **, Jalan **, Taman ***** ****, 53300 Kuala Lumpur, ingin membuat laporan polis keatas Ahli Parlimen Lembah Pantai Yb Puan Nurul Izzah Binti Dato Seri Anwar.

Laporan ini dibuat ekoran satu temubual antara beliau dengan wartawan dari akhbar KOMPAS [Indonesia], ketika beliau berkunjung ke pejabat tersebut di Jakarta, Indonesia pada 4 Ogos 2010 bersamaan hari Rabu.

Dalam laporan yang telah disiarkan oleh akhbar tersebut pada 5 Ogos 2010 bersamaan hari Khamis pada ruangan INTERNASIONAL di muka surat 9 dibawah tajuk ‘ NEP DINILAI MENGHAMBAT – Skandal di Tingkat Elite dan Akar Rumpur”, Yb Puan Nurul Izzah telah membuat beberapa kenyataan berbau fitnah, pembohongan dan menyebarkan maklumat palsu mengenai Dasar Ekonomi Baru dan status serta keupayaan kapal selam negara kita.

Mengenai Dasar Ekonomi Baru [NEP-New Economic Policy], beliau dipetik berkata “jumlah Foreign Direct Investment turun drastic di Malaysia pasca krisis karena penguasa menggunakan NEP untuk mencari simpati masyarakat melayu”- Kompas

Kenyataan ini jelas suatu pembohongan yang berniat jahat kerana dasar ini adalah untuk menyusun semula masyarakat bagi memastikan negara kita Malaysia terus berada dalam aman damai dan rakyat pelbagai kaum mendapat pembelaan dan hidup dalam harmoni.

Oleh kerana kenyataan palsu dan bohong ini dibuat diluar negara, ianya boleh menyebabkan pelabur-pelabur dari Indonesia berasa bimbang untuk melabur di Malaysia dan boleh menimbulkan ketidaktentuan dari segi ekonomi dan juga keselamatan negara.

Mengenai status dan keupayaan kapal selam negara kita, Yb Puan Nurul Izzah dipetik berkata “ kapal selam iti tidak bisa menyelam dan persenjataan yang dibeli ternyata sudah kedaluwarsa. Ada beberapa lembaga Malaysia yang mengajukan gugatan hukum atas pembelian kapal selam itu di pengadilan Perancis”.

Kenyataan Yb Puan Nurul Izzah dalam hal kapal selam ini adalah satu pembohongan besar, berniat jahat dan satu penghinaan kepada seluruh anggota Tentera Laut Di Raja Malaysia [TLDM]. Ianya juga satu pengkhianatan serta pembocoran maklumat pertahanan negara yang sengaja dipalsukan dengan tujuan merosakkan imej dan maruah negara.

Kenyataan palsu Yb Puan Nurul Izzah juga adalah satu penderhakaan dan persendaan terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang telah berkenan mentauliah kedua-dua kapal selam kita dengan nama KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Razak.

Sebagai warganegara Malaysia, saya bimbang, kenyataan Yb Puan Nurul Izzah diluar negara ini atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Malaysia, boleh mengundang kecenderungan pihak luar memandang rendah keupayaan sistem pertahanan negara dan yang lebih parah lagi kenyataan ini boleh mengundang minat pihak luar untuk menguji dan melancarkan serangan terhadap negara kita yang tercinta, Malaysia.

Pembohongan ini menjadi begitu ketara kerana seluruh rakyat Malaysia telah dimaklumkan menerusi akhbar pada 27 Julai 2010 bahawa kapal selam negara kita telah berjaya dalam ujian penembakan misil bawah permukaan air pada kedalaman 55 meter. Sedangkan Yb Puan Nurul Izzah telah membuat kenyataan jahat dan bohongnya pada kepada KOMPAS pada 4 Ogos 2010.

Tujuan laporan polis ini dibuat adalah supaya pihak polis segera mengambil tindakan dengan menyiasat dan mendakwa Yb Puan Nurul Izzah Bte Dato Seri Anwar dibawah Perkara 28 Akta Keselamatan Dalam Negeri dan Perkara 499 [Bab 21 Darihal Fitnah] Kanun Kesiksaan. Walaupun beliau seorang Ahli Parlimen, beliau juga tertakluk kepada kedaulatan undang undang.

Disertakan bersama-sama laporan polis ini :-

1. Salinan keratan akhbar KOMPAS bertarikh 5 Ogos 2010
2. Salinan keratan Utusan Malaysia bertarikh 27 Julai 2010
3. Salinan keratan KOSMO bertarikh 27 Julai 2010
4. Salinan keratan NST bertarikh 27 Julai 2010
5. Salinan Perkara 28, Akta Keselamatan Dalam Negeri
6. Salinan Perkata 499 [Bab 21 Darihal Fitnah] Kanun Kesiksaan


Sekian, inilah laporan saya,

Muhammad Zahid Md Arip