Sejak sambutan Hari Pahlawan dan sempena Bulan Kemerdekaan, TM menyiarkan beberapa artikel yang telah ditulis oleh pihak lain semata-mata untuk mengembalikan semangat juang dan jati diri kepada generasi muda khususnya.
Bermula dengan Pertempuran Renjer Kanang anak Langkau di Lasah Perak, ASP Zabri dan VAT 69 di Hulu Perak dan terakhir kisah Kumpulan Militan Al-Mau'nah.
Gerakan Komunis Malaya di bawah pimpinan Chin Peng dalam mengadakan perjanjian damai dengan kerajaan Malaysia pada 1 Disember 1989 hanyalah untuk menamatkan pertempuran antara tentera Malaysia dan gerila PKM sahaja, bukan untuk menyerah kalah, menyerah, meletakkan senjata atau pun membubarkan terus PKM.
Mohd Amin (Al-Mau'nah) pula tidak menandatangi sebarang perjanjian damai seperti PKM. Mohd Amin menyerah kalah dan meyerah diri kepada tentera. Akibatnya 3 ahli kumpulan di hukum gantung sampai mati.
Chin Peng pula bebas bergerak di negara jiran tanpa ditangkap dan dihukum gantung sampai mati. Malah ada usaha yang dilakukan oleh pihak Parti Pembangkang untuk memohon kepada kerajaan Malaysia membenarkan Chin Peng balik secara sah untuk menjalankan kehidupan sebagai warga emas di kampung halamannya.
Dalam dua situasi ini Chin Peng lebih beruntung daripada Mohd Amin. Agenda Mohd Amin ialah untuk menumbangkan kerajaan secara kekerasan, untuk memusnahkan kilang arak sama seperti tujuan penubuhan Geng Styer. Chin Peng pun mempunyai cita-cita yang sama untuk menumbangkan kerajaan yang ada secara gerilla.
Apakah Mohd Amin mempunyai hubungan dengan Chin Peng, apakah Mohd Amin berguru dengan Rashid Mydin, apakah Mohd Amin mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim atau dengan PAS?
Peristiwa Mohd Amin berkubu di Bukit Jenalik Lenggong Perak dengan senjata yang dicuri dari kem tentera bernilai ratusan ribu ringgit telah berlaku pada tahun 2000 selepas Anwar di pecat dan selepas PRU 1999.
Chin Peng pula dalam senyap meneruskan perjuangan ideologi komunis nya dengan terbitnya buku-buku yang menceritakan kegiatan komunis dan puak kiri mula membanjiri pasaran, termasuk buku Alias Chin Peng: My Side of History, yang diterbitkan pada 2003.
Apabila Dap memulakan agenda untuk membawa balik Chin Peng dan pemimpin-peminpin Dap mula membaca ayat-ayat suci Al-Quran, maka semakin jelas mendedahkan bahawa Dap membawa perjuangan Komunis turun ke bandar-bandar. Ini merujuk kepada pesanan Bekas Ketua Polis Tan Sri Hanif Omar dan Tun Musa Hitam bahawa akan datang PKM akan menggunakan Quran dalam perjuangan mereka.
Tahun 60an dan 70an PKM memancarkan radio propaganda mereka melalui gelombang pendek (SW) dan gelombang sederhana (MW) dengan nama Suara Revolusi Malaya. Bila diimbas kembali ke zaman tersebut , nampak ada persamaan dengan apa yang berlaku sekarang.
Dahulu PKM menggunakan stesen radio yang dipancarkan dari dalam hutan. (kemungkinan dari kem mereka di Terowong Komunis Betong Thailand) tetapi kini melalui youtube, blog dan lain-lain medium dalam internet. Cuma nama bertukar ke atas nama badan politik yang diluluskan oleh JPN.
Sebab apa TM berani berkata demikian ialah, trend dan cara berkempen dalam radio Suara Revolusi sama dengan apa yang berlaku sekarang, penuh dengan kritikan terhadap semua tindakan kerajaan, berbohong dan melaporkan berita palsu.
Suara dan dialek pembaca berita radio PKM masih terngiang-ngiang apa bila menonton beberapa program mengenai sejarah Malaysia menentang rebellion di History Channel baru-baru ini.
Bezanya kalau dahulu lidahnya yang keras dan telooonya, kini mereka lebih fasih berbahasa Melayu malah memulakan bicara dengan selawat dan salam, mereka juga mampu membaca beberapa potong ayat Al_Quran. Hebat sungguh gerakan komunis sekarang.
Yang peliknya kenapa masih ramai bekas-bekas tentera sanggup bertakbir sewaktu mendengar ceramah-ceramah mereka?
Sudah lupa kah mereka betapa sengsaranya mereka berjuang dan menentang gerilla komunis dahulu, ramai yang buta, putus kaki dan putus tangan , cacat seumur hidup angkara perbuatan mereka. Tiba-tiba apabila sudah bersara mereka pula yang menyokong perjuangan PKM.
Sedarlah wahai pahlawan-pahlawan Melayu, yang pernah menjunjung Panji-Panji Di Raja sanggupkah kita menukar kata-kata Hang Tuah 'Tak Melayu Hilang Di Dunia' menjadi 'Melayu Lenyap Di Dunia' ??????