Rabu, 15 September 2010

ADUN TEMPANG TAHAN PUKAT DI MASJID




YB Yew Tian Hoe bersama pimpinan DAP menunggu waktu berbuka.
Teman Wartawan sedang menemubual ADUN Aulong dan Cikgu Din.
.

YB Yew Tian Hoe Adun Aulong memang Pro-Islam dan Pro-Melayu sejak berjaya menjadi wakil rakyat. Sebelum ini tengok tok lebai sebelah mata pun tak pandang. Nak tolong Melayu, jauh sekali.

Bagaimanapun polisi Pas dan Dap sudah bertukar. Dap tidak lagi membenci Pas dan begitu juga dengan Pas. Sayang kepada Dap teramat sangat. Dap juga diajak untuk memberi tazkirah dan dakwah kepada Melayu. [ ini kenyataan Nik Aziz]

Pas terpaksa memakai minyak attar yang lebih kuat untuk menahan hidung daripada bau busuk bawang putih. Dap juga kena makan lebih banyak bawang putih untuk melawan bau busuk minyak attar Pas bila berpelukkan. 

Teringat kisah Pas mengkafirkan Umno pada tahun 60an kerana Umno bersama Mca dan Mic dalam Perikatan.  Umno dianggap memilih Kebangsaan dan menolak Islam. Umno berkawan dengan kafir dan haram mengundi Umno. 

Itu dahulu sekarang ini Pas tidak berkesudahan, ibarat menjilat muntah sendiri kerana mereka juga hari ini sudah boleh berpeluk cium dengan kafir.

Baru seminggu Umat Islam menyambut aidil fitri. Jumaat lepas kita menyambut 1 Syawal. Kali ini kita menyambutnya pada hari Jumaat. Dua khutbah pada hari itu. 

Sekali lagi YB Tempang  Yew Tian Hoe dari Aulong lagi menunggu jemaah di pintu masjid. Nak tahu dia buat apa? 

Sabar sat. Dulu dalam bulan puasa, ada surau dan masjid yang dikuasai Pas telah menjemput beliau untuk memberi tazkirah, termasuklah juga adun Pokok Assam dan Adun dari Kuala Sepetang.  Semuanya kafir.  Berita tersebut disampaikan oleh rakan-rakan TM. tetapi sayangnya tak ada gambar nak buktikan di sini. 

Gambar di atas ialah gambar beliau di Masjid Lama Taiping. Tujuannya sama untuk bertazkirah. Akan tetapi dengan kehadiran polis tanpa uniform mereka membatalkan rancangan mereka. Begitu juga halnya Sivakumar dan Nga Kor Ming yang dijadualkan menyampaikan tazkirah di Masjid Kampung Expo pada 1 September juga terpaksa dibatalkan kerana kehadiran polis.

Terima kasih kerana sabar menunggu. 

Ini maklumat yang TM perolehi dari sumber yang sahih pagi tadi. Rakan pun baru sahaja mendapat info dari rakannya yang tidak berpuas hati dengan sikap YB Tempang ini.  Selesai sahaja solat sunat aidil fitri beliau awal-awal menunggu di pintu masjid untuk memberi duit raya kepada jemaah. Jemaah yang setengah masak kerana meninggalkan khutbah dapat dua habuan pagi tu. Pertama habuan meninggalkan rukun iaitu khutbah da kedua dapat angpau dari kafir yang tak tahu puncanya.

Yb terus menuggu sehingga jemaah selesai bersalaman-salaman untuk memberi Angpau. Paling sedih katanya ialah bila jemaah sanggup mencium tangan beliau sewaktu menerima duit. "Kalau budak tak apalah sebab kita ajar mereka salam cium tangan, ini pak lebai dan pak aji, apa sudah jadi dengan Pas?"

Dahulu apa bila wakil rakyat BN dari bukan Islam memberi bantuan seperti sumbangan wang , bukan main lancang mulut Pas mengutuk Umno kerana membiarkan MIC, MCA, PPP, dan  Gerakan  membantu orang Islam.
Satu lagi yang dirungutkan oleh rakan ialah sewaktu PRK 59 Bukit Gantang.  Orang-orang Pas berzikir . Nak tahu bunyi macam mana?  Zikir ini namanya zikir Al-jub sebab dialah Tok guru nya. Bunyi zikir ialah " atantuya, atantuya, atantuya" sebayak 777 kali baru ulang balik....

Bila Sivakumar berucap. Pas bertakbir ' Allah Akbar" ...Hebat sungguh Pas....Sebab itu lah Tun Mahathir menyatakan Pas telah merosakkan Melayu dengan menjual agama.